Tanaman Kailan

Tahukah anda bahawa sayur kalian juga disebut Brokoli Cina atau Kale Cina oleh golongan Kantonis di Malaysia, Thailand atau Vitenam. Ia merupakan juadah penting yang digoreng bersama ikan masin lalu dihidang bersama tom yam atau makanan laut seperti udang, ikan atau ketam.

Bagi pengemar masakan makanan laut, sayur goreng kalian ikan masin adalah pelengkap juadah yang membekalkan vitamin dan mineral sekaligus menambah selera si pemakannya. Ianya sememangnya sedap digoreng terutama bersama ikan masin tenggiri.

Rasa pahit dan kelat dari sayur kalian akan bergabung bersama masin dari ikan masin menjadikan juadah tersebut sangat menyelerakan untuk dinikmati terutama ketika panas. Sayur ayng dimasak kira kira separuh masak bersama sos tiram akan berasa lebih ranggup dan sedap. Pasti membangkitkan selera sesiapa yang gemar menikmatinya. Harga sepinggan sayur kalian ikan masin boleh mencecah Rm5.00 hingga RM 8.00 bergantung kepada jenis restoren makanan laut.

Di Malaysia, kalian banyak ditanam di daerah Ledang, Johor dengan keluasan tanaman sehingga 1685 ha pada tahun 2012 (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia). Walaupun pada asalnya sayuran ini berasal dari kawasan Mediterranean, namun pelbagai penyelidikan dan penanaman berskala kecil membuktikan bahawa kalian hidup subur dikawasan beriklim tropika. Tanaman ini menyukai cahaya matahari untuk hidup subur.

Tanaman ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan mendapat permintaan tinggi dikalangan pengemar makanan laut atau pengamal vegetarian. Ianya merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat digemari oleh penduduk Asia Tenggara terutama Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam.

CIRI CIRI MORFOLOGI KAILAN

Rupa bentuk sayur kalian adalah seakan akan sayur sawi tetapi ianya berbeza dari segi kelebaran dan dan ruas batang daun. Kailan disebut brokoli cina kerana ianya berasal dari spesis yang sama seperti brokoli iaitu Brassica oleracea dari kumpulan alboglabra.

Kailan juga tergolong dalam kumpulan keluarga sawi iaitu sawi putih, sawi bunga, sawi hijau dan sawi jepun.

Berikut merupakan ciri ciri morfologi sayur kalian:

Kalian mengandungi kandungan nutrisi seperti Nitrogen 250 ppm, Phosforus sebanyak 75 ppm, Kalium sebanyak 350 ppm, Kalsium sebanyak 175 ppm dan Magnesium sebanyak 62 ppm. Khasiat yang tersembunyi di dalam sayur kalian sangat berguna kepada kesihatan tubuh badan manusia. Kanak kanak dan remaja digalakkan untuk memakan sayur kalian bagi menggalakkan tumbesaran yang baik. Kandungan klorofil pada daun sayur kalian yang membantu penghasilan hemoglobin dalam darah, dimana hemoglobin akan berperanan penting dalam pengangkutan oksigen dalam ke seluruh tubuh badan.

PENANAMAN & PENGURUSAN KAILAN

Sayur Kailan ditanam melalui biji benih di mana semaian biji benih kalian perlu dilakukan 1 minggu sebelum dipindahkan ke atas batas tanaman atau polibeg media. Bagi suri rumah, benih kalian juga boleh disemai ke dalam pasu di sekeliling rumah atau di tanam secara hidroponik. Benih kalian yang berwarna hitam, bulat dan bersaiz kecil biasanya dijual di mana mana kedai pertanian atau pasaraya dalam pek bungkusan dengan berat disekitar 100 gram.

Biji benih kalian boleh dirawat menggunakan racun kulat seperti Thiram bagi mengelakkan percambahan kulat pada anak pokok kalian yang membesar nanti. Semaian biji benih di atas tray dilakukan setelah tray semaian diletakkan bersama media semaian seperti peat moss. 1 lubang tray diisi dengan 1 biji benih kalian sahaja.

Tray semaian akan ditutup dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih dan diletakkan di atas para yang terling dari cahaya matahari atau ancaman semut dan kumbang yang suka memakan atau mengangkut biji benih kalian.Dalam masa 3 hingga 4 hari, anak pokok kalian akan muncul dan plastik yang melindunginya perlu dialihkan.

Sayur kalian sesuai ditanam di atas tanah yang kaya dengan kadar organik, matahari yang cukup, saliran yang baik dan mempunyai ph tanah di antara 6.0 hingga 7.0. Saiz batas yang sesuai untuk tanaman sayur kalian adalah lebar 1.2m x panjang 7.6m x tinggi 30cm. Jarak antara batas yang disyorkan adalah 30cm bagi memudahkan pengurusan pembajaan dan penuaian.

Anak pokok kalian akan dipindahkan ke batas selepas 7 hari di rumah semaian. Pangkal anak pokok kailan perlu di tutup sedikit dengan cocopeat, lalang kering atau rumput bagi mengekalkan kelembapan tanah. Siraman dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu petang dan baja diberikan pada hari ke 4 , ke 12 dan 24 hari selepas dipimdahkan . Baja yang sesuai diberikan adalah nitrophoska (NPK 15:15:15) dengan kadar 120 kg /4 ha atau 140 kg / 4ha.

MUSUH PEROSAK & PENYAKIT

Antara serangga perosak yang sering menyerang pokok kailan adalah kutu daun, ulat ratus, ulat Plutella dan ulat pelombong daun manakala penyakit yang dialami oleh pokok kailan adalah penyakit akar tongkol, reput daun, kelapuk downy dan bintik daun. berikut merupakan maklumat mengenai musuh perosak, simptom dan cara kawalan serangga dan penyakit yang berkesan.


PENUAIAN

Anak pokok kailan boleh dituai dalam masa 4 – 7 minggu penanaman dan ianya merupakan tempoh matang yang sangat sesuai di mana pokok tidak terlalu tua atau muda. Penuaian dilakukan dengan mencabut pokok bersama akar kailan lalu dibersihkan kandungan tanah yang terlekat sama ada di akar atau di daun.
Purata hasil penuaian adalah 5 700 kg bagi kawasan penanaman kailan seluas 0.4 ha. Penanaman kailan dibawah struktur kalis serangga juga mendatangkan hasil yang tinggi kerana peratus seranggan ulat seperti ulat ratus atau ulat plutella dapat dikurangkan. Selain itu, tanaman juga sentiasa sihat dan mendapat pertumbuhan seragam.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in penanaman sayur and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply