Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi – Lalat Buah

Pada siri kali ini mari kita berkenalan dengan satu lagi serangga perosak tanaman fertigasi iaitu lalat buah.

Lalat buah atau nama saintifiknya Bactrocera sp adalah serangga yang menyerang buah terutama buah cili dengan menyuntik telur pada bahagian buah.

Lalat buah mempunyai kitaran hidup selama 22 hari.

Bahagian tanaman yang diserang oleh lalat buah adalah buah.

Lalat buah betina akan menyuntik telurnya pada buah cili.

Waktu penyuntikan berlaku adalah ketika buah cili berwarna hijau dan hendak bertukar kepada merah.

Telur lalat buah akan menetas dan ulat atau larva ini akan makan bahagian dalam buah cili dan menyebabkan buah menjadi lembik, berair, busuk dan gugur.

Buah cili tidak dapat dijual merah. Jika berlaku serangan lalat buah, pengusaha disyorkan menjual buah cili hijau sehingga kadar serangan berkurangan atau tiada langsung.

Antara simptom serangan lalat buah adalah buah rockmelon dan cili lembik berair dan terdapat larva di dalam buah.

Boleh lihat video di sini.

Antara racun dan bahan kimia yang boleh digunakan bagi kawalan lalat buah adalah methyl eugenol (hormon pemikat lalat buah jantan), ambush (EC), malathion (EC), cypermethrin.

Tindakan paling tepat dan betul adalah seperti berikut:

1) Jika kawasan anda adalah tempat baru memulakan fertigasi cili, Jangan sesekali menggunakan hormon methyl eugenol ini. Saya ulang JANGAN GUNAKAN HORMON METYHL EUGENOL.

2) Jika kawasan anda tiada serangan lalat buah JANGAN GUNAKAN HORMON METYHL EUGENOL. Jika anda gunakan hormon ini, seolah-olah anda menghantar kad jemputan kenduri. Lalat buah akan datang berduyung-duyung untuk menyuntik telurnya ke dalam buah cili sebelum masuk ke dalam perangkap.

3) Jika kawasan anda telah terkena serangan lalat buah. Penggunaan perangkap adalah disarankan tetapi letakkan perangkap hormon ini di luar kawasan kebun anda. sejauh 3 – 5 km, supaya menarik lalat buah ini keluar daripada kebun anda. Penggunaan racun malathion juga disyorkan tetapi dalam bentuk fogging asap dapat meningkatkan kadar sentuhan / contact.

Anda semua juga boleh rujuk artikel myagri yang lepas berkenaan lalat buah di sini.

Bagi membeli hormon pemikat lalat buah boleh beli di sini.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Kawalan serangga tanaman, Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply