CANTUMAN MATA TUNAS DURIAN


CANTUMAN mata tunas Durian(Durio zibethinus) adalah pembiakkan tampang yang mudah dan boleh mencapai 80-90% kejayaan tetapi ianya bergantung kepada jenis pokok dan kemahiran mencantum. Teknik ini adalah teknik pembiakkan aseksual yang menentukan anak benih varieti atau klon durian yang dihasilkan adalah tulin.
Pembiakkan cantuman mata tunas dilakukan bagi memindahkan mata tunas durian klon yang terpilih sebagai contoh D24, D 197 dan D2 kepada pokok penanti yang terpilih.

Antara alat yang diperlukan bagi cantuman:

• Pisau mencantum
• Sekateur
• Pita cantuman
• Label tanaman
• Mata tunas dari pokok induk terpilih
• Pokok penanti

Ciri-ciri pokok penanti:
• Berusia 6 bulan
• Berukuran 3-4cm ukur lilit
• Sihat, subur dan tiada cacat fizikal
• Dibaja sebulan awal sebelum aktiviti cantuman dilakukan

Langkah-langkah mencantum:
1. Dengan menggunakan pisau cantuman, buat kelaran lintang 1/3 daripada lilitan batang pokok penanti.
2. Buat 2 kelaran dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah.
3. Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang.
4. Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapak cantuman ke atas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas.

Kelebihan cantuman mata tunas
• Menghasilkan varieti atau klon durian yang mempunyai maklumat genetik yang sama seperti pokok induk (true- to – type seedlings)
• Menghasilkan anak benih klon yang berkualiti dengan cepat dan kuantiti yang banyak
• Menghasilkan kultivar yang tidak dapat menghasilkan biji benih yang bernas

Kongsikan!
  • 27
  •  
  •  
  •  
    27
    Shares
This entry was posted in cantuman baji dan tut and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply