KESAN RACUN KIMIA


Racun agrokimia yang digunakan adalah Paraquat, Rumputoq, Malathion, Thiodan, Amine, Furadan, 2 4-D, Selvin 85, Prevathon, Solito, dll.Ini adalah antara racun kimia yang biasa kita dengar malah sudah menjadi kebiasaan bagi petani dalam menggunakan racun kimia ini.

Jelas sekali dengan penggunaan racun kimia ia memberikan kesan yang lebih cepat terhadap masalah yang dihadapi petani berbanding penggunaan racun organik tetapi dalam tidak sedar ia memberikan kesan buruk sekiranya petani atau pengguna menggunakan atau mengaplikasikan racun kimia ini secara berlebihan dan tidak terkawal.

Walhal, penggunaan racun kimia haruslah mengikut standard yang telah ditetapkan.

Penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian jika tidak diurus dengan cekap akan menyebabkan kesan keracunan makanan kepada manusia. Penggunaan racun serangga pada sayur-sayuran secara berlebihan akan menyebabkan kadar racun serangga dan bahan kimia akan terserap pada sayur-sayuran amat tinggi. Ini akan mendatangkan kesan keracunan kepada manusia jika sayur-sayuran ini dimakan. Selain itu, semburan menggunakan bahan kimia bagi mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan kandungan bahan kimia sentiasa bertambah pada hasil pertanian. Kandungan bahan kimia ini akan menyebabkan keracunan ataupun memberi kesan sampingan kepada manusia.

Bahan kimia yang digunakan bagi tujuan tumbesaran tumbuh-tumbuhan jika tidak dinyahtoksidkan sebelum dijual akan menyebabkan bahan kimia yang terserap berpotensi untuk mengaktifkan kuman kanser dalam tubuh manusia.

Begitu juga dengan agen penggalak berasaskan bahan kimia untuk tumbesaran buah-buahan jika kandungan penggunaannya tidak dikawal boleh mendatangkan komplikasi kepada saraf dan sistem badan manusia.

Selain mendatangkan kemudaratan kepada manusia, penggunaan bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian juga boleh memudaratkan alam sekitar seperti pencemaran punca air bersih. Racun kimia jika tidak dilupus dengan betul akan menyebabkan sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk ke punca air seperti sungai atau parit. Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air bersih. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia.

Pengurusan sisa kimia yang tidak cekap juga akan mencemarkan udara. Semburan debu kimia dan racun cecair di dalam kawasan pertanian yang berskala besar secara kerap akan menyebabkan banyak bahan kimia terampai di ruang udara. Bahan kimia ini bukan sahaja akan menjejaskan kualiti udara, tetapi juga berpotensi untuk berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan semua hidupan sekiranya hujan asid kerap berlaku.

Kesimpulannya, jika bahan kimia tidak diuruskan dengan bijak ia akan memudaratkan manusia dan juga alam sekitar. Dengan itu, petani haruslah meningkatkan kesedaran akan impak buruk sekiranya gagal dalam mengawal penggunaan bahan kimia ini. Jadilah petani yang bijak.

Kongsikan!
  • 23
  •  
  •  
  •  
    23
    Shares
This entry was posted in Racun Kimia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply