PENGENDALIAN LEPAS TUAI-SAYUR

Operasi awal bermula dengan Penuaian di Ladang. Dengan itu beberapa aspek penting perlu diambil tahu dalam penuaian bagi menentukan tahap kematangan tanaman. Hal ini kerana, tahap kematangan tanaman mempengaruhi mutu dan kualiti selepas tuai. Jelas sekali,ianya memiliki perbezaan cita rasa jika tuaian dilakukan pada peringkat muda atau tua. Tuaian yang dilakukan bergantung kepada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan jenis sayur. Menentukan tahap kematangan atau masa yang sesuai bagi penuaian untuk mendapatkan mutu yang baik bukanlah mudah.

Indeks kematangan bagi sesuatu jenis sayur buah mahupun sayuran daun adalah bergantung kepada saiz dan warna umumnya. Bagi sayuran buah seperti timun dan bendi ia memiliki peringkat tuaian dimana ia mengikut keperluan pasaran. Manakala bagi sayuran buah seperti cili dan tomato ia bergantung kepada warna dan saiz. Justeru, bagi tanaman jenis berdaun kebiasaannya ia mengikut saiz daun bagi indeks penuaian. Umumnya, peringkat penuaian yang sesuai bagi jenis sayuran adalah berbeza bergantung kepada jenis sayur dan cara pemasarannya.

Aktiviti pengendalian lepas tuai di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada hasil tanaman dimana ia menyebabkan hasil menjadi kurang berkualiti akibat kesan lebam, calar atau pecah. Pengusaha perlu menyediakan peralatan yang cukup seperti pisau atau gunting yang tajam serta bakul bagi meletakkan hasil tanaman yang dituai. Akan tetapi pengusaha haruslah mengurangkan penerimaan cahaya matahari terhadap hasil tuaian ini keran ai merupakan salah satu punca hasil tuaian akan kurang berkualiti akibat berlakunya transpirasi iaitu kehilangan air.


Bagi mengurangkan masalah ini, masa dan waktu aktiviti tuaian dilakukan haruslah tepat dimana kebiasaanya aktiviti tuaian ini dilakukan pagi awal pagi atau lewat petang. Bagi pasaran tempatan, kebiasaannya tuaian dilakukan pada awal pagi manakala bagi pasaran yang jauh, tuaian adalah lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut hasil tanaman pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.

Pembungkusan yang dilakukan di ladang juga haruslah dilakukan dengan selamat. Pemilihan jenis pembungkus juga memainkan peranan penting dalam mengawal kerosakan pada hasil tanaman. Pemilihan pembungkus yang tahan lasak haruslah digunakan bagi mengurangkan kerosakan pada hasil tanaman semasa pengangkutan dari ladang ke rumah hasil dengan menggunakan lori. Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air sekaligus mengekalkan kualiti hasil tanaman.

Selain itu, antara aktiviti yang perlu diambil kira juga adalah aktiviti pemunggahan bakul yang berisi sayur ke atas lori mahupun penurunan daripada lori harus dilakukan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya ia tidak terbalik atau terlalu memberi beban kepada lapisan yang di bawah yang akan menyebabkan kecederaan pada hasil.

Akhir sekali, aktiviti pembungkusan bagi diedarkan ke pasaran yang dilakukan di rumah pembungkusan haruslah di kawasan yang teduh. Antara aktiviti yang dilakukan di rumah/bangsal pembungkusan adalah pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan. Operasi yang dilakukan adalah berbeza bergantung kepada jenis sayuran dan pasaran.

Pembungkusan untuk dihantar ke pasaraya

Kongsikan!
  • 6
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares
This entry was posted in Pengendalian lepas tuai and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply