ASID HUMIK PADA TANAMAN

Tanah mengandungi pelbagai bahan organik daripada tumbuhan reput dan bahan haiwan. Bahan yang dikenali sebagai “humus” adalah komponen utama bahan organik. Kajian menunjukkan asid ini menjadi alat yang sangat berkesan bagi mengawal selia logam dalam kedua-dua tumbuhan dan haiwan. Oleh itu, penggunaan asid humik kini makin meluas dalam sektor pertanian. Hal ini kerana asid humik memberikan manfaat yang baik kepada tanaman dan juga keadaan tanah.

1. Kesan Asid Humik Kepada Tanah
• Mampu menyerap air sekitar 80-90%. Sehingga pergerakan air meningkat secara menegak (infiltrasi) dibandingkan secara mendatar, ianya berguna untuk mengurangkan risiko hakisan pada tanah. Selain itu juga meningkatkan kemampuan tanah memegang air.
• Meningkatkan perudaraan dalam tanah kerana ia meningkatkan ruang udara dalam tanah akibat pembentukan agregat. Udara yang terkadung dalam pori tanah tersebut didominasi oleh gas-gas O2, N2, dan CO2. Hal ini penting bagi proses respirasi mikroorganisma tanah dan akar tanaman.

2. .Kesan Asid Humik Kepada Biologi Tanah
• Menciptakan situasi tanah yang kondusif untuk menstimulasi perkembangan mikroorganisma tanah yang berfungsi dalam proses penguraian yang menghasilkan humus.
• Aktiviti mikroorganisma di atas tanah akan menghasilkan hormon-hormon pertumbuhan seperti auksin, sitokinin dan giberillin.

3. Kesan Asid Humik Bagi Tanaman
Ianya bermanfaaat untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan tanaman. Terdapat dua proses penting yaitu:
• Peningkatan tanaga dalam sel tanaman dimana ia membantu proses pertukaran ion lalu mempercepat pertumbuhan sistem akar dan membuat akar lebih panjang.
• Peningkatan kemampuan penyerapan membran sel tanaman memudahkan nutrien untuk terserap ke dalam sel serta mempercepat proses respirasi tanaman.

Pembentukan sistem akar yang kuat dan panjang memberikan kesan yang baik pada tanaman. Daya serap pada akar semakin maksima untuk mencari nutrisi dalam tanah. Kemampuan sel tanaman dalam menyerap nutrisi semakin baik ianya akibat dari keupayaan penukaran kation(KTK) asid humik yang sangat tinggi.

Kongsikan!
  • 8
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares
This entry was posted in ASID HUMIK and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply