BELIMBING BULUH


Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi) dikenali juga sebagai belimbing asam ialah sejenis buah-buahan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya berbentuk lonjong dan bersegi dengan warna hijau muda ketika muda dan bertukar warna kekuningan setelah cukup masak.

Buah belimbing ini kebiasaann di gunakan sebagai bahan masakan seperti memasak ikan patin dengan belimbing buluh dan sambal hitam belimbing buluh(sambal Pahang) ataupun diproses menjadi produk lain.
Buah belimbing buluh ini mudah didapati di pasar dan selalunya ianya ditanam dikawasan keliling rumah. Antara kelebihan tanaman ini adalah ianya kurang diserang penyakit dan berbuah sepanjang tahun.

Kawasan penanaman:
• Tanah rendah yang subur
• Tanah gembur yang subur
• Suhu tinggi
• Mempunyai sistem saliran yang baik
• Mempunyai sistem pengudaraan dalam tanah yang baik

Cara penanaman:
• Membuat lubang tanaman berukuran 1m x 1m dengan kedalaman 0.5m
• Campuran baja organic diperlukan sebelum proses penanaman
• Jarak tanaman adalah 6m x 6m

Pembiakkan belimbing buluh:
• Kaedah tut
• Biji benih

Penyiraman:
• Amat diperlukan semasa peringkat awal penanaman bagi proses pengakaran

Pembajaan:
• Semenjak usia setahun pembajaan perlu dilakukan mengikut umur pokok dengan menggunakan baja organik dan NPK 15:15:15

Pengurusan tanaman:
• Kawaan rumpai, serangga perosak dan penyakit dijalankan setiap masa
• Cantasan pembentukkan pada peringkat awal tanaman perlu dilakukan
• Kadar baja yang mencukupi mampu menahan serangan serangga perosak dan penyakit dengan baik

Tuaian:
• Berbunga dan berbuah setelah 1.5-2 tahun penanaman
• Menghasilkan buah sepanjang tahun


Belimbing buluh yang sudah matang/masak

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Belimbing Buluh and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply