DURIAN BELANDA

DURIAN BELANDA(Annona muricata) adalah tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Annonaceae yang berasal daripada Amerika Selatan. tanaman ini tidak asing lagi di negara kita kerana ianya sudah ditanam secara komersial seperti buah-buahan lain. Kebanyakan tanaman ini ditanam bercampur dengan tanaman lain sebagai dusun campuran. Kawasan penanaman Durian Belanda mestilah mempunyai sistem saliran yang baik. ia mampu mencapai ketinggian sehingga 8-10 meter dengan batang yang menegak dan mempunyai dahan yang banyak.

Daunnya berwarna hijau gelap seolah berlilin dan agak tebal. Buahnya berwarna hijau dan agak berduri. Isinya pula berwarna putih dan mempunyai biji berwarna hitam.

Durian Belanda mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan, trigliseride dan LDL (Low density Lipid) dalam badan manusia. Kebiasaannya, buah ini dihidangkan sebagai hidangan segar, diproses untuk dijadikan jus dan buah muda dijadikan kerepek.

Anak benih Durian Belanda boleh diperolehi daripada biji benih yang disemai dan bercambah dalam masa 15-30 hari. Bagaimanapun, dengan menggunakan teknik tut juga boleh dilakukan. Mungkin selama ini ada petani yang idamkan hasil tanaman yg baik. Lagi-lagi harga pasaran durian belanda sekarang boleh mencecah RM20/kg.

Dengan itu,sedikit sebanyak kriteria mengenai bunga Durian Belanda.

Kematangan bunga

  • Bunga yang matang warnanya kekuningan dan kelopaknya telah terbuka (subur).
  • Bunga durian belanda bersifat hermaphrodite (pembiakan jantan dan betina adalah pada 1 bunga yang sama).
  • Ia mengalami 2 fasa yang berbeza iaitu betina akan matang pada waktu petang dan jantan akan matang pada waktu malam. Jadi disebabkn ia alami 2 fasa berbeza ini lah yang akan mengganggu persenyawaan pada bunga dan 1 lagi faktor lain adalah kesempurnaan debunga melekat pada organ betina (stigma).

    Jadi dengan itu ia mempunyai masa yang sesuai untuk persenyawaan sekitar Jam 8-10 malam (sebab bunga jantan dan betina keduanya sudah bersedia untuk disenyawakan). Persenyawaan boleh dilakukan hanya dengan cara menggoncang pada bahagian bunga sehingga kelihatan debunga melekat pada bahagian betina atau dengan cara menggunakan berus bagi membantu debunga melekat.Pendebungaan Berjaya, dalam masa sebulan putik buah akan kelihatan.Sekiranya gagal,tangkai bunga akan gugur dalam tempoh 2-3 minggu. Teknik dan cara yang betul mampu menghasilkan buah yang besar dan cantik.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in durian belanda and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply