FAKTOR PENINGKATAN HASIL TANAMAN

Sejak kebelakangan ini sektor pertanian bukan lagi bidang yang dipandang rendah oleh seluruh masyarakat sama ada di Malaysia atau di dunia. Bidang pertanian telah menjadi penyumbang utama pembangunan negara sehingga boleh diterjemahkan sebagai berdiri sama tingggi, duduk sama rendah dengan sektor-sektor lain di negara ini.

Jadi dengan itu, petani serta pihak bertanggungjawab harus cakna akan peranan mereka dalam meningkatkan hasil pertanian di Malaysia. Beberapa faktor perlu dilihat dalam meningkatkan hasil pertanian. Dengan itu, artikel kali ini saya kongsikan serba sedikit mengenai faktor atau cara meningkatkan hasil tanaman di Malaysia.

Penyelidikan yang tepat akan berjaya menghasilkan kualiti benih yang bermutu dan tahan penyakit. Benih yang berkualiti akan menghasilkan tanaman yang berkualiti dan seterusnya dapat dipasarkan untuk pasaran dalam dan luar negara. Penyelidikan boleh dijalankan melalui kacukan biji benih dari pokok induk yang baik bakanya seterusnya membuat pengklonisasi untuk memastikan kuantiti tanaman mencukupi dalam satu masa dan memelihara kualiti hasil tanaman.

Selain itu, kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum. Sektor pertanian ini harus dilaksanakan dengan cekap dimana input yang digunakan seperti baja haruslah digunakan dengan sukatan pembajaan yang betul bagi mengelakkan pembaziran dan tanaman menerima nutrien yang cukup bagi tumbersaran mereka sekaligus mampu meningkatkan hasil tanaman yang baik.

Perladangan campuran iaitu menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman adalah salah satu cara untuk meningkatkan hasil pertanian serta menambah pendapatan petani. Sebagai contoh, menanam keledek di kebun pisang atau menanam koko di dalam kebun kelapa sawit. Tambahan pula penanaman secara intercrop ini mampu memberi manfaat kepada tanaman di sekitarnya kerana ia menghasilkan nutrient pada tanah.

Sisa pertanian jika disalah urus menyebabkan pencemaran pada alam sekitar. Jadi dengan itu penggunaan semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman. Penggunaan racun perosak berlebihan juga mendatangkan kemudaratan kepada petani dan juga tanaman akibat serangga perosak sudah resistant dengan racun yang diberikan. Dengan itu, rumah jaring kalis serangga serta kawalan perosak bersepadu serta kawalan biologi haruslah diamalkan oleh petani demi menjamin hasil pertanian yang baik dan selamat bagi menembusi pasaran yang lebih luas.

Pengurusan ladang juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hasil pertanian. Pengurusan pembajaan, cantasan dan kawalan penyakit dan perosak perlu ditekankan untuk mengelakkan kerosakan pada tanaman. Aktiviti cantasan perlu dilakukan bagi memberi ruang, udara dan pencahayaan yang cukup kepada tanaman buah-buahan seperti nangka, rambutan, pulasan dan mangga. Kegagalan dalam mengenalpasti jangkitan penyakit atau serangga perosak mengakibatkan pokok/tanaman rosak sekaligus mengurangkan hasil pertanian. Justeru itu, pengurusan ladang yang cekap mampu meningkatkan hasil tanaman yang tinggi dan berkualiti.

Kongsikan!
  • 27
  •  
  •  
  •  
    27
    Shares
This entry was posted in Info and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply