Organic Plant Booster –Alternatif Penggunaan Bahan Kimia

Dalam negara menuju ke arah pengeluaran bahan makanan dan produk pertanian yang lebih bermutu dan selamat dimakan, banyak kaedah penjagaan tanaman telah dijalankan seperti penggunaan bahan organik dan Efektif MikroOrganisma (EM) telah digunakan.

Dengan itu, mikroorganisma di dalam Organic Plant Booster adalah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelompok di sesuatu tempat. Ianya hidup di dalam tanah bersama-sama tumbuhan dengan membekalkan makananan dan memberi perlindungan kepada serangga dan binatang kecil yang lain. EM mampu dikumpul dan dibiakkan bagi memperbaiki dan memulihkan tanah.

Penggunaan Organic Plant Booster mampu meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman serta ketahan pokok dalam menghasilkan tanaman. Produk ini bertindak sebagai baja dan pelengkap kesuburan tanaman dan tanah.

Seiring dengan perkembangan inovasi negara, kaedah ini berkembang mengikut kreativiti dan keupayaan untuk digunakan oleh para petani. Secara tidak langsung, kaedah ini merupakan kaedah yang lebih mudah, cepat dan berkesan untuk diaplikasikan di ladang.

Ianya adalah gabungan unsur buahan-buahan dan sayur- sayuran dimana akan menghasilkan mikroorganisma baik, enzim dan hormon pertumbuhan semula jadi. Organic Plant Booster membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan pokok, meningkatkan hasil tanaman antara 20 hingga 30%, penjimatan dalam penggunaan baja, mempercepatkan tempoh masa pembungaan, memanjangkan tempoh hayat tanaman dan meningkatkan ketahanan penyakit pada tanaman. Justeru itu, penggunaan Organic Plant Booster ini adalah sangat digalakkan kepada petani.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Organic Plant Booster and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply