PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH AKAR


Tanaman memerlukan sumber makanan iaitu nutrien untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder. Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur utama ialah Karbon (C), Hidrogen (H) , Oksigen (O), Nitrogen (N) , Fosforus(P) dan Kalium(K).

Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman melalui udara dan air. Unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium adalah biasanya diberikan kepada tanaman melalui pembajaan. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman. Manakala Unsur mikro ialah Fe, Mn, B, Zn, Cu, Mo, Cl dan Co.

Proses penyerapan nutrien adalah melalui akar. Akar berfungsi untuk menguatkan tanaman, menyerap air dan garam mineral, membantu penyerapan oksigen di udara dan menyimpan makanan. Proses pengankutan ini dilakukan oleh dua komponen di dalam akar iaitu xilem dan floem. Air dan mineral dari dalam tanah akan diserap oleh akar, kemudian diangkut melalui xilem ke bahagian batang dan daun tumbuhan. Zat makanan yang dibuat pada daun akan diagkut melalui floem ke bahagian yang lain.

Apabila berlaku perpindahan molekul zat terlarut dari konsentrasi tinggi ke konsentrasi yang rendah, maka proses ini dipanggil proses “diffusion”. Kepekatan nutrien disekitar sistem akar akan menurun, nutrien daripada kepekatan tinggi akan bergerak atau meresap kepada kepekatan yang rendah dan masuk kedalam akar. Proses ini hanya bergerak didalam lingkungan kawasan yang kecil sahaja, nutrient potassium (K) dan Phosphorus (P) adalah yang banyak diserap melalui kaedah ini. Osmosis sangat berperan dalam proses transportasi air ke dalam dan ke luar sel tanaman. Penyerapan dan osmosis berperanan dalam pengangkutan air dan unsur baja dari akar menuju daun.

Kaedah aliran masa(mass flow) pengambilan nutrien berlaku semasa nutrien tersebut mengalir bersama air yang diangkut. Antara nutrien yang diambil ialah nitrogen dan sulfur. Kepekatan nutrien juga memainkan peranan yang penting terhadap jumlah pengambilan nutrien melalui mass flow ini. Lebih banyak nutrien yang ada didalam tanah, lebih banyak nutrien yang akan di angkut oleh air melalui sistem akar.

Kongsikan!
  • 36
  •  
  •  
  •  
    36
    Shares
This entry was posted in Nutrien tanaman and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply