TANAMAN “REPELLENT”

Dalam pertanian antara perkara penting dan menjadi masalah kepada petani adalah kawalan serangga perosak dan penyakit. Sebenarnya terdapat beberapa tips dalam kawalan serangga antaranya adalah penghalau serangga ataupun “repellent”. Tanaman repellent ini biasanya mempunyai ciri bau yang amat kuat yang dihasilkan oleh tanaman itu sendiri untuk menghalau serangga perosak.

Beberapa contoh tanaman ini adalah serai wangi, kesum, daun bawang, kemangi, kucai, ketumbar, marigold, pandan, limau purut, Petunia dan Periuk kera. Pokok repellent boleh ditanam di sekitar batas tanaman.

Sebelum menanam, ambil kira faktor angin dimana ianya sesuai ditanam di kawasan angin bertiup bagi membawa bau yang dihasilkan oleh tanaman repellent ke seluruh tanaman di kebun. Selain itu, pokok repellent ini boleh dipangkas dan dipotong kecil untuk ditaburkan ke atas batas kerana ia akan menghasilkan bau yang kuat dimana akan menyebabkan serangga tidak gemar.

Tanaman ini adalah salah satu alternatif bagi penggunaan racun kimia yang tinggi. Ia bukan sahaja mampu mengawal serangga malah ada sebahagian tanaman repellent ini boleh dijadikan sumber makanan juga!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in REPELLENT and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply