POKOK LETUP-LETUP


Letup-letup (Passiflora foetida) merupakan sejenis dari kumpulan rumpai yang tumbuh liar di negara kita dari keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan rumpai jenis menjalar dan menghasilkan bunga yang amat menarik.

Pokok letup-letup ini didapati tumbuh liar tanpa ditanam kerana ia adalah didalam kategori rumpai yang perlu dimusnahkan dikawasan tanaman akibat persaingan mengenai nutrien, cahaya matahari, air, ruang dan juga mungkin menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Jangan keliru dengan foto sebelah iaitu sejenis tumbuhan liar yang juga dipanggil sebagai letup-letup dikawasan tertentu di Malaysia. Buahnya juga menghasilkan bunyi ‘letupan’ apabila ditepuk.

Daunnya berbentuk seperti hati dengan mempunyai sama ada 3 atau 5 lekukan. Daun letup-letup agak berbulu halus dan berwarna hijau cerah . Susunan daun adalah bersilang (alternate) dengan tangkai daun yang agak panjang sekitar 2-4 cm. Bulu dibahagian hujung daun lazimnya lebih tebal dan panjang. Jika daun ini diramas dengan tangan akan menghasilkan bau busuk. Jika pokok tumbuh pada tanah subur yang rimbun, ianya akan menutupi tumbuhan lain dikawasan tersebut kerana ianya adalah padat.

Apa yang menarik mengenai pokok letup-letup ini adalah bunganya yang amat cantik dan menarik. Warna dan juga bentuk bunga bermacam-macam bergantung kepada spesis dan persekitaran. Pada asasnya bunganya jenis biseksual dari yang berwarna putih sehingga warna putih krim dan ungu ditengahnya. Ia juga mempunyai banyak kelopak dan susunan stamen yang jelas. Bunga ini keluar sepanjang tahun dan bilangan bergantung kepada kesuburan dan umur pokok. Bunga terbuka pada sebelah pagi dan tertutup semula sebelum tengahari. Apa yang saya pasti ialah mungkin bunga ini mempunyai banyak nektar (manisan bunga) kerana sering dikunjungi pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, lebah madu, semut dan sebagainya.

Paling unik mengenai buah letup-letup adalah buahnya yang terbentuk didalam karung berjaring foto. Karung berjaring ini menutupi buah muda dan mampu memerangkap serangga bagi sesetengah spesia sepabai tumbuhan pemangsa(predators). Buah akan terus berada didalam karung berjaring sehingga masak tanpa diganggu. Buah letup-letup berbentuk bulat(Globose) dengan ukurlilit buah sekitar 2-4 cm. Warna buah lazimnya kuning terang dan didalamnya mengandungi banyak biji berwarna hitam yang diselaputi dengan lendir yang rasanya manis. Burung suka makan buah ini dan menyebarkan biji yang dimakan kekawasan lain untuk disebarkan.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in LETUP-LETUP and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply