PENGGUNAAN DRONE DALAM PERTANIAN

Di dalam konteks teknologi drone merupakan pesawat tanpa pemandu. Drone adalah lebih rasmi dikenali sebagai unmanned aerial vehicles (UAV) ataupun kenderaan udara tanpa pemandu. Pada asasnya, drone adalah robot terbang. Pesawat itu dikawal dari jarak jauh atau boleh terbang secara autonomi melalui software-controlled flight plans didalam embedded sistem yang bekerja bersama-sama dengan GPS. UAV sering dikaitkan dengan tentera, tetapi mereka juga menggunakan drone untuk mencari dan menyelamat, pengawasan, pemantauan trafik, pemantauan cuaca dan memadam kebakaran.

Pada April 2017, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil inisiatif memperkenalkan penggunaan pesawat drone untuk menyembur racun dan memantau keadaan tanaman di sawah. Kaedah ini adalah bagi menggantikan aktiviti meracun secara manual di sawah padi.

Drone yang mempunyai kapasiti tangki 10 liter dapat digunakan melalui konsep ‘low spray volume’, selain dilengkapi sistem automatik sepenuhnya dan GPS. Ia mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri padi, mengawal serangga dan perosak secara berkelompok, melakukan penyemburan mengikut jadual penanaman dan menghasilkan semburan yang tepat, cepat dan menjimatkan.

Tenaga kerja manusia adalah tidak konsisten, dimana ia mungkin memakan masa dalam lapan jam hanya dua atau tiga relung di sawah manakala dengan penggunaan drone satu relung hanya memakan masa selama lima minit dan satu hari boleh meliputi 20 hektar.

Justeru, ada pihak yang mengatakan penggunaan drone akan menyebabkan pencemaran alam sekitar namun, drone hanya akan dinaikkan sekitar dua ke tiga meter dan setiap racun yang disembur akan terus turun hingga ke daun atau batang padi.

Bagi tujuan pemantauan tanaman di sawah, ia membolehkan proses pemetaan (mapping) dilakukan secara lebih tepat. Ia dapat memberi gambaran tahap kesihatan tanaman di sawah selain membolehkan lebih banyak tanaman diakses dalam setiap penerbangan.

Penggunaan drone juga dapat mengoptimumkan rawatan tanaman secara teliti, sekali gus dapat meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil dan mengurangkan kos.

This entry was posted in DRONE and tagged , , . Bookmark the permalink.