PENYAKIT AYAM KAMPUNG

Ayam Kampung masih ada risiko serangan penyakit. Antara penyebab serangan penyakit pada ayam kampung ialah disebabkan warisan, pemakanan, pengurusan, persekitaran dan jangkitan daripada keadaan sekeliling.

Antara Langkah Pencegahan Penyakit:

• Reban sentiasa bersih
• Anak ayam bebas dari penyakit
• Jauh dari ternakan dan haiwan lain
• Pelawat perlu dikawal
• Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
• Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
• Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat

Program Pencegahan penyakit
• Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
• Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
• Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
• Kurang nafsu makan
• Monyok dan tidak aktif
• Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
• Muka bengkak
• Berak cair atau berdarah
• Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
• Penyakit Sampar Ayam (ND)
Penyakit ini amat berbahaya yang boleh menyebab kematian mengejut yang tinggi, sehingga keseluruhan reban mampu mati. Ia menyerang sistem pernafasan, pendarahan usus dan sistem saraf.

• Penyakit Gumboro (IBD)
Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan penyakit ayam lemah. Ia boleh disamakan seperti AIDS pada manusia. Apa jangkitan Gumburo berlaku, ayam lebih mudah terkena pelbagai penyakit lain.

• Penyakit Berak Darah (Coccidiosis)
Ini juga adalah penyakit yang berbahaya dan sering berlaku. Terdapat beberapa peringkat dan beberapa jenis bakteria dari kumpulan Eimeria spp. Apabila ayam telah berak bercampur darah, ia boleh membawa maut dalm tempoh 7 hari.

• Berak Kapur (Pollurum)
Ayam akan menjadi murung dan kurang selera makan. Najis ayam akan cair dan erdapat warna putih.

• Infectious Coryza
Menyebabkan mata ayam bengkak dan kurang selera makan.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in ayam kampung and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply