RACUN PARAQUAT


Paraquat adalah sejenis bahan perawis aktif yang digunakan secara meluas sebagai racun rumpai diseluruh dunia. Nama dagangan bagi bahan kimia ini dipanggil N,N’-dimethyl-4,4′-bipyridinium chloride yang merupakan racun sentuh cepat bertindak, tidak selektif serta memusnahkan sel-sel hijau pada tumbuh-tumbuhan.

Racun Paraquat di Malaysia didaftarkan dengan Lembaga Pendaftaran Racun Makhluk Perosak (LPRMP) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian sebagai RACUN AMAT MERBAHAYA iaitu dibawah KELAS 1B.

Racun Paraquat merupakan sejenis racun rumpai yang sangat berkesan untuk mengawal atau memusnahkan pertumbuhan rumpai di dalam kebun. Sebelum diharamkan, racun ini merupakan sejenis racun rumpai yang paling popular di Malaysia dikalangan petani terutama bagi penggunaan di kebun atau ladang mereka. Harganya yang agak murah, kesan sangat efektif, mudah didapati dari kedai pertanian dan senang digunakan merupakan faktor kenapa ia menjadi pilihan utama oleh petani dan syarikat pengeluar untuk membuat keuntungan.

Paraquat bertindakbalas dengan tisu atau daun rumpai dengan merencatkan proses fotosintesis dan pokok akan cepat layu terutama semburan pada pagi atau tengahari ketika proses fotosintesis sangat aktif.

Kebanyakkan di Malaysia racun Paraquat ini dijual dalam bentuk larutan cecair yang berwarna gelap. Racun ini kebiasaanya dijual dalam kadar kepekatan dari 18-20% berat / pada berat isipadu.

Kongsikan!
  • 52
  •  
  •  
  •  
    52
    Shares
This entry was posted in Paraquat and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply