BAJA IKAN


Baja Ikan (Fish Fertilizer) merupakan sejenis produk baja berasaskan ikan yang digunakan untuk tanaman semenjak zaman dahulu lagi. Baja ini menghasilkan bau yang sangat kuat dan busuk dimana ini menganggu kententeraman alam sekitar terutama semasa proses membuat ikan baja ini sangat aktif. Penggunaan baja ikan oleh petani di Malaysia saya dapati pada tahap minima kerana kurang kefahaman dan promosi akan kebaikan penggunaan baja ikan untuk kebaikan tanaman berbanding dengan baja organik lain seperti tahi ayam yang lebih mudah didapati dengan harga lebih murah.

Baja Ikan merupakan satu kaedah pembajaan yang baik dalam pertanian, dari pembacaan yang saya buat juga mendapati baja ini mampu membekal sumber nitrogen dalam tanah disamping menjadi pengimbang tanah (soil conditioner).
Berbeza dengan unsur baja nitrogen sintetik dari baja kimia, didapati baja kimia mempunyai kesan sampingan akibat perubahan cuaca dan ini akan mengundang serangan serangga dan penyakit. Kajian saintis menunjukkan baja ikan membekalkan unsur nitrogen yang hanya diambil secara organik dimana menghasilkan pokok yang sihat dan bertenaga.
Kesan terbaik penggunaan baja ikan adalah menggalakan dan menghasilkan banyak hidupan mikrob dalam tanah. Mikrob baik ini termasuk jenis mikrob berfaedah atau bakteria yang mampu mengikat nitrogen dalam tanah (nutrifying bacteria) bagi menghasilkan unsur N organik dalam tanah yang mudah diserap oleh akar dan menyuburkan lagi tanaman. Ekosistem yang seimbang yang wujud pada tanah yang dibaja dengan baja ikan mampu menghasilkan hasil tanaman yang tinggi dan berkualiti.

Pembacaan saya mendapati terdapat 3 bentuk baja ikan yang boleh digunakan dan dihasilkan dalam pasaran. Baja ikan tersebut bileh di dapati dalam bentuk fish meal, hydrolysed fish dan fish emulsion. baja ikan jenis fish meal merupakan baja ikan dalam bentuk serbuk yang dihasilkan dari ‘byproduct’ ikan yang proses dan dikeringkan sebelum dibungkus .Baja serbuk ini yang  berwarna coklat dan ianya paling mudah di pasarkan dan mudah cara menggunakannya. Baja ikan jenis ini ditabur terus diatas permukaan tanah dikawasan tanaman atau ada juga yang membancuhnya dahulu dengan air dan menyiramnya diatas permukaan tanah. Baja ini membekalkan nutrien, unsur zat galian dan bahan organik dalam tanah yang dilepaskan secara perlahan (slow release) memberikan kondisi yang seimbang untuk menyuburkan tanah.

Baja ikan jenis Hydrolyzed Fish pula merupakan baja ikan yang dihasilkan melalui proses pereputan ikan (partially digesting whole fish or fish waste) secara semulajadi atau menggunakan bahan enzim. Hasilnya adalah baja yang berbentuk seperti kompos teh yang mudah diserap oleh tumbuhan apabila di berikan pada tanah. Kelebihan baja jenis ini adalah kerana ianya mengandungi unsur asid amino dan kandungan minyak ikan dimana unsur ini tidak didapati pada baja ikan jenis cecair.

Baja Ikan Cecair pula adalah antara yang paling banyak dipasarkan dan mudah digunakan adalah Baja ikan jenis Baja Ikan Cecair (Fish Emulsion). Baja jenis ini mudah disediakan dan sangat popular dalam teknologi agronomi Perladangan Organik. Ikan diproses dengan teknologi mudah sebelum di kutip cecair yang dimasukkan dalam botol dan digunakan dengan cara semburan foliar, disiram terus pada tanah atau dibancuh dalam air dalam sistem penanaman fertigasi. Baja jenis ini mengandungi unsur Nitrogen, Kalium dan Posforus yang tersedia untuk diambil oleh tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan tanaman yang subur.

Teknologi penggunaan baja ikan perlu di war-warkan kepada petani terutama dikawasan tepi pantai yang agak mudah untuk mendapatkan sumber bekalan ikan. Saya dapati belum banyak kesedaran dikalangan penanam sayuran dan buah-buahan akan kebaikan dan keberkesanan baja ikan. Ini kerana baja cecair atau pun fish meal yang ada dipasaran banyak yang diimpot dari luar dinegara dan harganya agak kompetetif juga.

Kongsikan!
  • 9
  •  
  •  
  •  
    9
    Shares
This entry was posted in BAJA IKAN and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply