Buah belimbing sangat unik kerana bentuknya yang akan membentuk bintang apabila dipotong. Ia sangat enak dimakan begitu saja atau diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti;
- Kordial
- Gula-gula
- Jem
Bagi masyarakat di Pahang, belimbing jenis buluh digunakan untuk menghasilkan sambal hitam.
Varieti Belimbing
Di Malaysia, varieti belimbing yang banyak ditanam oleh petani ialah;
- B2 (MAHA)
- B17 (belimbing madu)
- B10 (belimbing besi)
B2, B17, B10
Belimbing varieti B17 lebih tertumpu untuk pasaran tempatan manakala belimbing varieti B10 atau dikenali sebagai carambola pula mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat antarabangsa. Manakala varieti B2 adalah untuk pokok pendebungaan.
Belimbing sesuai dengan negara yang beriklim tropika dan curahan hujan yang banyak dan juga panas. Ia tumbuh baik di tanah yang digembur dan bersaliran baik tanpa memilih jenis tanah.
Kaedah pembiakan yang popular untuk belimbing ialah kaedah tampang. Setelah di buat cantuman selama 4 bulan, ia sedia untuk di hantar ke ladang.
Jenis Penyakit & Serangga Perosak
Penyakit yang sering menyerang pokok belimbing ialah;
- Die-back
- Penyakit akar putih
Serangga yang biasa menyerang pokok belimbing pula ialah;
- Lalat buah
- Pengorek buah
Kebiasaannya, belimbing berbunga hanya beberapa bulan selepas di tanam. Ia dapat mengeluarkan hasil dalam masa tiga tahun. Pokok belimbing dapat mengeluarkan hasil dengan cepat, kurang serangan penyakit dan berbuah sepanjang tahun.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020