KUCAI

Daun kucai biasanya di masak bersama dalam masakan bergoreng oleh penduduk Utara. Jikalau anda menikmati char kuey teow di Kedah, pasti anda akan menemukan daun Kucai dalam masakan mereka.

Daun kucai juga boleh dijadikan sebagai sayuran, mahupun hiasan. Ianya berasal dari keluarga Alliaceae, iaitu keluarga sama dengan bawang.

Di percayai, Kucai diperkenalkan di Malaysia oleh kaum cina. Kucai berasal dari Asia Tengah dan terdapat dalam banyak varieti. Walau bagaimana pun, kucai yang biasa terdapat di Malaysia ialah kucai cina (Chinese chives).

Kucai biasa atau kucai bawang mempunyai sedikit rasa bawang manakala kucai Cina lebih terasa seperti bawang putih.

Kucai dikategorikan sebagai tanaman hayat panjang. Ia boleh di hidup hingga beberapa tahun jika dijaga dan ditanam pada tanah yang subur.

Ia dituai dengan cara memotong daun 2 inci dari paras tanah. Dengan mempraktiskan cara ini, ia akan kembali tumbuh dengan baik.

Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan di bulan Julai. Jika menanam kucai untuk tujuan pasaran atau untuk dimakan, bunganya perlu dibuang bagi mengalakkan pertumbuhan daun sahaja. Menariknya, seluruh daun kucai boleh digunakan dalam masakan.

Kucai sesuai di tanam samada dikawasan rendah atau tanah tinggi. Ia biasanya ditanam diatas batas dan memerlukan banyak bahan organik. Tanah terbaik untuk tanaman kucai adalah jenis lom berpasir, liat lom, tanah gambut, dan tanah mineral yang subur.

Sistem pengairan sangat penting untuk memastikan bekalan air yang mencukupi bagi tanaman ini. Namun, sistem perparitan yang baik amat dititik beratkan kerana tanaman kucai mudah rosak jika tenggelam.

Harga pasaran kucai adalah lingkungan RM1.00 ke RM1.60/kg bergantung kepada permintaan dan bekalan.

Selamat menanam daun kucai!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Kucai and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply