DAUN KUNYIT

Daun kunyit diambil daripada pokok Kunyit (Cucuma domestica) yang mudah ditanam dalam kebun mahupun dalam pot atau pasu disekeliling rumah. Menanam kunyit mudah sahaja dengan mengambil umbisi kunyit matang yang segar dan ditanam dalam tanah atau media tanaman dalam pasu. Ia akan tumbuh dengan mudah dengan menyiram dan membaja mengikut amalan yang telah ada. Biasanya daun kunyit yang ditanam sendiri disekeliling rumah sesuai digunakan, segar dan selamat dimakan. Daun kunyit didapati dimana khasiat dan kegunaan tanaman kunyit tidak asing lagi bagi seluruh warga Malaysia yang telah turun temurun menggunakannya sebagai rempah-ratus dan bahan ubat yang mujarab yang mudah serta murah didapati.

Mengenali tumbuhan kunyit ini mudah kepada mereka yang selalu berkebun atau kepasar untuk membelinya. Daun kunyit kini telah dikomersilkan sebagai salah satu bahan pnting untuk masakkan. Sebut sahaja masakan rendang daging atau rendang ayam pastinya daun kunyit diperlukan sebagai bahan ramuan penting. Keenakan rendang ini memang berkait dengan hirisan daun kunyit yang ditabut didalamnya. Begitu juga ikan dibalut dengan daun kunyit yang memberikan citarasa tersendiri akan rasa dan aromanya . Ikan ini enak dimakan bersama nasi putih dan dihidangkan semasa suam panas bersama ahli keluarga. Ayam goreng balut daun kunyit atau daun pandan juga kini menjadi pilihan ramai kerana rasa dan aromanya yang memang enak.

Tanpa daun kunyit saya fikir masakan pindang ikan memang kurang keenakannya. Daun kunyit yang dimasukkan didalam masakan pindang bersama halia, tomato, serai dan sebagainya akan memberikan keenakkan dan menghilangkan bau hanyir ikan yang dimasak.

Ada juga dikalangan suri rumah yang menjadikan daun kunyit sebagai bahan hiasan masakan mereka. Selain daripada khasiat dari daun kunyit dan ia mudah didapati, adalah amat digalakkan agar lebih ramai dikalangan kita menanamnya sendri dalam pasu disekeliling rumah sendiri. Ia mudah dijaga jika ditanam dengan menggunakan media tanaman seperti cocopeat dan sebagainya. Daun kunyit yang ditanam ini boleh diguna sendiri, diberikan kepada jiran atau dijual kepada orang yang memerlukannya.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in daun kunyit and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply