KUMBANG BRONTISPA


Kumbang Brontispa (Brontispa longissima) merupakan sejenis serangga perosak tanaman kelapa (Cocos nucifera) yang baru ditemui di Malaysia. Serangga daripada order ini Coleoptera adalah daripada keluarga Chrysomelidae atau juga Cassidinae yang mana dikenali dengan nama biasa sebagai ‘Hispine beetle’ atau dalam bahasa kita sebagai Kumbang Brontispa. Kumbang ini mempunyai bentuk yang unik dan lazimnya menjadikan tumbuhan Perumah seperti tanaman Pokok Pinang (Areca catechu) , Pokok Nipah (Nypa fruticans), Pokok Palma (Cargota smitis) dan beberapa pokok Palma Hiasan lain seperti jenis Typha angustifolia. Serangga ini memang boleh menjadi wabak serius jika tidak dikawal dimana ia mampu merosakan bahagian daun pokok kelapa dewasa dan lebih teruk pada anak pokok kelapa yang baru ditanam.

Lazimnya serangan dan kerosakan yang dilakukan oleh Kumbang Brontispa ini adalah berbeza di antara jenis palma. Pemerhatian juga mendapati jenis tanaman kelapa varieti Hibrid MATAG adalah lebih serius teruknya berbanding dengan kelapa jenis MYD, pokok Manila palm dan juga pokok dari jenis Veitchia merrili.

Kajian yang dibuat pakar menunjukkan bahawa hanya pada peringkat larva yang akan memakan tisu pucuk kelapa dan pucuk pokok-pokok palma. Apa yang terjadi kemudian keluar simptom yang menyebabkan daun seperti terbakar (“leaf burn”) dimana ianya boleh dilihat dengan mata kasar. Selau juga berlaku serangan teruk yang boleh menyebabkan pengurangan hasil buah kelapa. Apa yang menyedihkan adalah jika ia melakukan serangan ke atas pokok muda menyebabkan pertumbuhan terbantut dan akhirnya anak benih kelapa boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Serangan kumbang brontispa ini hanya akan diketahui apabila daun baru keluar dan tanda kerosakan dapat dilihat dimana terdapat warna kehitaman pada bahagian daun yang diserang.

Dalam kita hendak kenal akan kumbang brontispa lazimnya perlu membuat rujukan. Jika kita hendak buat diagnosis, berikut adalah pencirian bagi kumbang dewasa mempunyai saiz panjang sekitar 8.5-9.5 mm dan lebarnya adalah sekitar 2.0-2.5 mm. Kumbang ini berbadan leper dan meruncing dimana Kumbang Jantan kebiasaannya lebih kecil dari betina. Kumbang brontispa mempunyai warna coklat kemerahan dan kehitaman, elektra coklat atau hitam dan ada bertanda seperti bentuk terpintal pada elektra.

 Ciri paling unik bagi kumbang ini adalah pada bahagian Toraks berbentuk segi empat dan dapat dilihat dengan jelas. Dari segi biologi dan ekologi, lazimnya pada semua peringkat hidup kumbang brontispa berada dalam bahagian pucuk kelapa yang belum terbuka. Ini bermakna untuk mencari kumbang ini perlu memeriksa pucuk pokok kelapa dimana jika pokok kelapa sudah tinggi memang agak sukar untuk melakukannya.

Oleh itu kaedah yang sesuai untuk mengetahui kewujudan kumbang ini melalui pemasangan perangkap khas. Bagaimana pun pada anak pokok kelapa yang baru ditanam kita boleh memeriksanya. Kumbang betina akan bertelur seawal umur 15 hari dimana lokasinya adalah pada bahagian pucuk kelapa. Saiz telur sekitar 1.8-2.0 mm dengan kapasiti bertelur sehingga 100 biji atau lebih.

Kumbang ini mempunyai sebanyak 4 peringkat instar larva dimana pada larva instar ke 4 bersaiz 7.0 mm – 8.0 mm. kajian menunjukkan bahawa jangka masa daripada peringkat telur hingga kepada peringkat dewasa adalah sekitar 35 – 42 hari. Keseluruhan jangka hayat kumbang brontista adalah sehingga 6 bulan.

This entry was posted in KUMBANG BRONTISPA and tagged , , , . Bookmark the permalink.