PENYAKIT MOKO PISANG


Pada masa sekarang, kebanyakan pokok pisang telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Penyakit ini menyebabkan banyak kerugian yang dialami oleh petani-petani dan pengusaha pokok pisang kerana mereka tidak dapat menjual hasil daripada pisang tersebut. Buah pisang yang terkena tanaman ini akan rosak secara keseluruhannya. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali dengan nama Ralstonia solanacerum yang terdapat pada tanah dan perumah selama 2-3 tahun.

Simptom atau tanda serangan penyakit Layu Bakteria Pisang atau Penyakit Moko ini berbeza antara pokok muda dengan pokok tua. Bagi pokok muda atau pokok yang sedang membesar akan kelihatan daun paling muda akan jadi hijau pucat, kekuningan dan macam ‘collapse’. Dalam masa seminggu maka seluruh daun akan ‘collapse’. Bagi anak pokok atau sulur akan menjadi hitam, terbantut dan berpintal (twisted). Batang pisang didapati tisu vaskular akan menjadi hitam. Jika jangkiatan dibahagian akar pula daun akan jadi nekrotik, layu dan menjadi kekuningan.

Pokok pisang dewasa yang diserang bahagian ‘inner leaf’ menjadi kekuningan diikuti dengan pelepah yang patah, layu kemudian mati. Akhirnya semua daun akan layu dan mati. Buah pisang yang diserang pada peringkat awal terencat pertumbuhanannya, masak awal dan reput. Walau pun buah pisang masih mempunyai kulit warna hijau dibahagian luar cantik tetapi apabila buah di potong akan kelihatan menjadi lembik, ‘discoloured’ dan kehitaman dan reput. Lazimnya akan kelihatan buah pisang masak awal tetapi ianya kemudian didapati telah reput. Buah pisang yang diserang tidak boleh dimakan atau pun dijual.

Kawalan penyakit moko adalah amat sukar kerana bakteria dapat bertahan dalam banyak perumah dan mampu hidup lama didalam kawasan sekitar. Kaedah terbaik adalah dengan melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB) seperti menggunakan anak benih yang tahan dan bebas penyakit. Sentiasa membuat pengawasan dan pengesanan awal dikebun dan segera musnahkan pokok yang dijangkiti dengan sistematik. Amalkan kuarantin dikawasan kebun dengan mengelakan melawat kawasan kebun pisang yang telah dijangkiti dan laksanakan amalan tanaman giliran dengan tanaman lain setiap 2 tahun.

Kaedah lain kawalan ialah dengan sentiasa membuat kawalan rumpai dikebun dan juga kawalan cacing nematod. Kajian juga mendapati dengan tidak menggunakan ‘surfece irrigation’ mengurangkan kemungkinan serangan penyakit moko. Bakteria mudah membiak dalam keadaan tanah lebab dan terendam oleh itu perlu disediakan sistem saliran ladang yang sempurna di kebun pisang. Kaedah pembasmian peralatan ladang yang selalu digunakan dengan laruten Formaldehyde selama 10 minit seperti parang, cangkul, kereta sorong, alatan lain untuk membunuh bakteria. Pokok dan batang pisang yang diserang perlu dicincang dan kemudian dibakar sehingga habis. Semburan racun rumpai dikawasan kebun sehingga bersih.

Penyakit Moko perlu dikawal dengan segera agar industri pisang negara akan terus kukuh pada masa akan datang!

This entry was posted in Pisang and tagged , , . Bookmark the permalink.