BUAH NAGA


Buah Naga Merah atau Pitaya (Hylocereus costarisesis) merupakan dari keluarga Cactaceae satu tanaman yang di tanam di kawasan tropika dengan luas untuk pasaran segar. Kawasan utama pengeluaran buah naga di Malaysia adalah di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka. Buah Naga jenis isi putih (Hylocereus undatus) merupakan varieti yang kurang popular masa kini berbanding dengan buah naga isi merah. Buah naga ini sebenarnya boleh di proses untuk dijadikan pelbagai produk selain daripada di makan segar.

Bahan tanaman untuk tanaman pokok buah naga lazimnya adalah diambil dari keratan dahan pokok digunakan untuk pembiakkan kerana ia lebih cepat matang dan berbuah serta mengekalkan ciri pokok yang dipilih jika dibandingkan dengan biji benih.

Keratan dahan dipotong dengan setiap keratan sepanjang 15–22 cm. Dahan yang cukup matang dan telah mengeluarkan buah dan terasnya bersaiz lebih kurang sebesar batang pensel digunakan untuk pembiakan. Keratan diletak ditempat kering selama seminggu untuk membolehkan hujung keratan kering dan pulih untuk menggalakkan pengeluaran akar. Pengeringan hujung keratan juga dapat mengurangkan risiko dari jangkitan dan pereputan.

Keratan boleh disemai ke dalam semaian pasir atau ke dalam polibeg bersaiz 12.5cm x 17.5cm yang mempunyai saliran yang baik dan diletak di bawah lindungan. Media yang digunakan dalam polibeg ialah satu bahagian pasir dan satu bahagian tanah.

Keratan disiram sedikit sahaja untuk menggalakkan pengeluaran akar. Apabila akar telah terbentuk keratan boleh didedah kepada cahaya yang lebih dan diberi sedikit baja foliar supaya tunas keluar. Keratan yang telah berakar boleh dialih ke polibeg atau ditanam terus ke ladang. Bagi keratan yang disemai ke dalam polibeg ia boleh dialih ke ladang apabila mempunyai tunas sepanjang 10cm (dalam masa 4-6 minggu).

Keratan yang baik boleh mengeluarkan buah seawal 7-8 bulan dan kebanyakan keratan boleh mengeluarkan buah dalam tempoh 1 tahun. Benih keratan berakar sesuai untuk ditanam diladang dengan membuat lubang tanaman sedalam 5cm digali. Bagi anak pokok didalam polibeg maka lubang sebesar polibeg digali dan kemudian anakbenih pokok ditanam ke dalam lubang dan tanah dipadatkan.

Tiga per empat keratan atau anak benih ditanam keliling setiap tiang junjung. Keratan dan tunas pokok diikat ke tiang supaya ia memanjat tiang tersebut dan tumbuh menegak dan memasuki ke dalam para yang disediakan. Dahan yang keluar dari bahagian atas para dibiarkan melempai di atas para tersebut. Sungkupan dari jerami padi, sabut kelapa sawit dan sebagainya diletakkan disekeliling pokok supaya pertumbuhan rumpai dipangkal pokok dapat dikawal. Pemberian sungkupan juga dapat mengawal kelembapan disekeliling pangkal pokok.

Untuk penjagaan di ladang, kebersihan ladang hendaklah di jagaterutamanya dari rumput rampai kerana ia boleh menjadi perumah bagivektor. Cantasan formatif pula hendaklah di buat dimana ada keseimbangan pokok. Setiap dahan mengeluarkan tiga atau empat dahan baru hendaklah dibiarkan. Sulor air atau pucuk-pucuk muda yang keluar perlu dibuang. Keratan semasa cantasan pada dahan hendaklah rapat kepada sisi dahan. Kanopi pada pokok jangan terlalu rimbun, pangkasan mengikut bentuk tengah-terbuka (open centre). Kanopi poko didedahkan dan galakkan bahagian atas dahan kepada sinar matahari. Setelah membuat cantasan, pastikan semua dahan-dahan yang telah dikerat di kumpulkan dan di buang. Jangan biarkan dahan-dahan bertaburan di dalam ladang. Jalankan aktiviti merumput secara manual. Sekiranya racun rumpai digunakan elakkan semburan terkena pokok. Gunakan corong di pasang pada muncung pam untuk mengurangkan rembesan racun.

Bagi artikel selanjutnya berkenaan penanaman buah naga boleh klik di sini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Buah Naga and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply