CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM

ikan pekasam
Apa itu ikan pekasam?

Ikan pekasam adalah ikan yang diawetkan agar ia boleh disimpan lama dengan menggunakan teknologi pengawetan.

Ia juga adalah makanan peraman tradisional yang terkenal dari utara Semenanjung.

Jadi, anda sudah tahu serba sedikit berkenaan ikan pekasam.

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita ke dapur!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk proses pengawetan ikan pekasam adalah seperti berikut;

  1. IKAN

Ikan yang biasa digunakan ialah air tawar yang biasa didapati dari sungai, tali air atau sawah padi.

Biasanya, jenis ikan yang digunakan sebagai ikan pekasam ialah

a) Sepat
b) Gelama
c) Lampam
d) Tilapia
e) Puyu
f) Haruan

jenis ikan pekasam

Walau bagaimanapun, ikan sepat paling digemari kerana rasanya yang enak.

2. GARAM

Gunakan garam yang bersih dan bersaiz sederhana halus.

Sekilo ikan : 100g garam

  1. BERAS

Beras perlu digoreng/disangai tanpa minyak dalam kuali sehingga beras kelihatankekuningan dan rangup.

Kemudian, tumbuk beras tersebut hingga sederhana hancur/lumat jika anda menggunakan lesung batu mahupun mesin blender.

Beras goreng ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan air garam serta menjadi serbuk pekasam yang menambahkan keenakan ikan pekasam.

sangai beras

  1. ASAM KEPING

Asam keping digunakan dalam pembuatan ikan pekasam untuk mengekalkan rasa dan mengelakkan ikan daripada menjadi busuk.

Cara-cara buat ikan pekasam

Cara buat ikan pekasam menggunakan alatan yang mudah dan ringkas sahaja. Peralatan yang sedia ada dirumah boleh digunakan Cuma hanya eli ikan, graa, beras hancur dan asam keping.

Pilih ikan yang anda gemar. Ikan mesti dibersihkan dengan sebersih-bersihnya.

Pastikan segala isi dalam perut ikan dicuci sehingga bersih. Ini bagi mengelakkan ikan busuk dan dihurung lalat selain daripada menjaga kebersihan makanan kita.

Ada yang membuang kepala ikan namun bagi tujuan komersil kepala ikan dikekalkan.

Toskan airnya semalaman.

Ambil ikan yang telah ditoskan semalaman, salutkan dengan garam pada keseluruhan ikan tersebut.

perap garam

Susun ikan dalam bekas kedap udara dan kemudian tutup bekas tersebut dan simpan ditempat yang selamat selama 2 atau 3 hari.

Ambil ikan yang diperap, basuh dan bilas serta toskan hingga kering.

Salutkan ikan yang ditoskan tadi dengan beras yang di sangan. Pastikan campuran beras tadi lembab dicampur dengan air bersih.

Susun ikan ke dalam bekas yang kedap udara. Susun ikan dengan meletakkan asam keping pada setiap susunan ikan. Susun ikan dalam keadaan teratur.

ikan pekasam

Akhir sekali, tutup bekas dengan rapat. Letak plastik bawah penutup supaya ia betul betul ketat. Sebaiknya catitkan tarikh pada bekas plastik . Ikan pekasam boleh digoreng selepas 2 ke 3 minggu.

Selamat membuat ikan pekasam!

Sumber gambar: muhibbul ilmi, ikanpekasamlegend.blogspot.com www.wanista.com & www.friedchillis.com

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Cara Buat Ikan Pekasam and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply