CARA MENGHALAU ANAI-ANAI

Anai-anai ialah serangga di bawah kumpulan Isoptera. Ia biasanya membuat sarang dalam tanah mahupun kayu. Haiwan kecil ini biasanya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya.anai-anai

Makanan anai-anai ialah kayu, daun-daun kering, rumput, tumbuhan rendah yang telah mati dan humus. Dari sudut pandangan sains, makanan yang dimakan oleh haiwan ini dikategorikan sebagai bahan lignoselulosa iaitu bahan yang kaya dengan bahan organik di dalam biosphera.

Kebiasaannya, serangan haiwan ini tidak disedari kerana ia tidak memakan bahagian luar kayu. Sebagai contoh, apabila ia berjaya memasuki kedalam rumah , kehadirannya tidak disedari dalam jangka waktu tertentu. Hal ini kerana, mereka menyembunyikan kehadirannya dengan bergerak di belakang struktur kayu.

Ia menyerang kawasan rumah mahupun bangunan melalui retakan asas dalaman dan juga jurang di antara lantai dan dinding.

Selain daripada itu, saluran elektrik, saluran paip serta saluran kabel telefon merupakan laluan bagi anai-anai untuk menembusi ke dalam rumah mahupun bangunan.

Artikel kali ini saya akan berkongsi cara-cara untuk menghalau anai-anai dari rumah atau tempat yang anda ingini. Cara-cara yang saya bakal kongsikan ini boleh diguna pakai jika anda mahu jimat namun masih berkesan dengan hanya menggunakan barang-barang yang sedia ada dirumah atau mudah didapati.

Kini di Malaysia, sudah banyak syarikat-syarikat kawalan serangga yang bertauliah di Malaysia. Namun, tidak yang ramai yang bersedia untuk menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga kerana faktor kos yang agak tinggi.

kawalan perosak anai-anai kawalan perosak anai-anai

 

 

 

 

 

Kos yang diperlukan untuk menghapuskan serangga perosak ini mampu mencecah ribuan ringgit. Mungkin perkhidmatan ini menjadi pilihan terakhir jika serangan anai-anai berada di peringkat yang merbahaya.

Namun sebelum itu, anda perlu melihat tanda-tanda apabila haiwan ini mula bersarang dirumah anda. Anai-anai memang musuh nombor satu dirumah kerana ia boleh merosakkan barangan seperti perabot, dokumen, lantai kayu, dinding dan juga pakaian. Pendek kata, ia boleh menyebabkan kerugian.

CARA MENGESAN KEHADIRAN ANAI-ANAI

  1. Laluan Anai Anai
    Anda boleh mengesan kehadiran anai-anai dengan mudah apabila melihat laluan anai-anai pada dinding rumah ataupun ia dipanggil sebagai terowong anai-anai. Ia biasanya muncul pada kerangka pintu atau kerangka tingkap, skirting lantai atau pada perabot.Laluan ini selalunya bersaiz kecil sahaja seperti saiz pensil. Terowong atau laluan anai-anai yang dimusnahkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan waktu yang singkat.

  2. Perubahan Tekstur Warna
    Sekiranya anda mendapati terdapat perubahan warna pada lantai parquet mahupun kerangka pintu atau tingkap dan sebagainya, ini mjelas menujukkan kehadiran anai-anai pada tempat tersebut.Contohnya, warna kayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

  3. Rekahan/Lubang
    Jika terdapat rekahan mahupun lubang pada lantai atau tempat yang biasa dihinggapi anai-anai, ambil pemutar skru dan cucuk pada tempat tersebut. Ketuk perlahan-lahan untuk mengesan pada lubang kayu itu. Bezakan bunyi yang yang keluar dari ketukan itu.

  4. Kehadiran Kelkatu
    Anda boleh mengesan kehadiran anai-anai ialah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Kelkatu biasanya akan keluar dari kawasan sarangnya untuk membina koloni yang baru.

    PETUA MENGHALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

    1. Minyak Tanah
    minyak tanah halau anai-anai
    Boleh dikatakan hamper semua serangga takut pada minyak tanah, anai-anai juga tidak terkecuali. Anda perlu menyiram atau menyembur minyak tanah pada kawasan yang menjadi sarang anai-anai tersebut.Untuk lebih berkesan, tambah minyak serai pada minyak tanah.

    2. Jemur di Tempat Panas
    Anai-anai suka berada ditempat yang lembap dan terlindung. Jika anda mempunyai perabot rumah yang dihuni oleh haiwan perosak ini, jemur perabot tersebut dibawah sinar matahari.Jemur perabot tersebut berulang kali sehingga anai-anai keluar.

    3. Air Basuhan Beras
    Air basuhan beras juga efektif untuk menghalau keluar anai-anai. Caranya mudah, anda perlu menyembur air basuhan beras pada sekeliling tempat yang dihuni oleh anai-anai.

    4. Tembakau
    Rendam tembakau dalam air dan biarkan selama satu malam. Ini bertujuan untuk mengeluarkan sari yang terdapat dalam tembakau tersebut. Keesokkan paginya. sembur atau siram air tersebut pada sarang anai-anai.

    5. Garam Dapur
    Ambil sejumlah garam dan tabor pada sekitar sarang anai-anai. Serangga kecil itu akan menghindarinya. Supaya ianya lebih berkesan, campur sejumlah garam dengan air rendaman tembakau. Semburkan air tersebut pada lubang-lubang yang dihuni oleh anai-anai.

    6.Air Kapur Sirih
    Anai-anai sangat tidak menggemari kapur sirih yang mempunya sifat yang panas bagi tubuh mereka. Tambahan pula, ianya memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, langkah ini sangat efektif untuk membasminya. Caranya ialah dengan menyiramkan air kapur sirih pada tempat persembunyian anai-anai.

    7. Racun
    Antara pilihan terakhir selain daripada menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga perosak ialah dengan menggunakan racun. Caranya cukup mudah, anda beli sahaja racun anai-anai di pasaran. Pastikan racun tersebut diguna pakai mengikut aturan.

    Secara asasnya, terdapat dua jenis racun anai-anai iaitu jenis;

racun anai-anai      i) Repellant (eg. Bifenthrin)
ii) Non-repellant

Pastikan anai-anai dihapuskan daripada ia bermaharajalela       didalam rumah anda. Anda boleh menyelamatkan                         harta benda serta mengelak dari menanggung kerugian jika       anda mengambil langkah-langkah pencegahan sedari awal.

Selamat Mencuba!

Kongsikan!
  • 33
  •  
  •  
  •  
    33
    Shares
This entry was posted in Cara-cara Menghalau Anai-Anai and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply