KACANG KUDA

Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum merupakan sejenis tumbuhan renek yang berasal dari keluarga Fabaceae. Ia merupakan tanaman kekacang yang di tanam di negara seperti India, Mediterranean dan juga di Asia Barat iaitu kawasan yang beriklim subtropika yang agak kering.

Jika anda berjalan di jalanan sekitar Asia Tenggara, tidak mustahil untuk ada temukan penjual yang menjual kacang kuda yang direbus. Manakala, jika anda ke kedai runcit, pasti anda akan temukan kacang kuda yang dipanggang untuk dijadikan kudapan sewaktu dirumah atau dipejabat.

Kacang kuda rebus telah dikomersialkan dipasar raya. Ia boleh ditemukan dalam tin (kacang kuda yang direbus) dan dalam plastik (kacang kuda goreng).

Terbaru, produk kacang kuda telah dibawa ke peringkat yang lebih tinggi di mana ia dikomersialkan di England oleh graduan Universiti Newcastle yang berasal dari Malaysia.

Kacang kuda yang juga dikenali sebagai kacang garbanzo, berada di kedudukan kedua selepas kacang soya sebagai kacang yang banyak ditanam dan digunakan dalam masakan seluruh dunia.

Jenis Kacang Kuda

Terdapat 2 jenis kacang kuda iaitu:

  1. Desi
  • Berbiji kecil
  • Berwarna gelap
  • Paling banyak di tanam di India sebagai makanan utama
  1. Kabuli
  • Berbiji besar
  • Berwarna cerah


Pokok kacang kuda tumbuh menegak  walaupun ia dari kategori renek. Buah kacang kuda dalam sarungnya boleh terdapat 2 ke 3 biji. Ia memerlukan kawasan tanaman atau batas yang mempunyai saliran yang baik.

Selepas ditanam, ia biasanya matang dalam masa 80 ke 120 hari bergantung kepada varieti, pengurusan dan iklim. Ia biasanya di tuai secara manual mahupun dengan melibatkan penggunaan jentera.

Kebiasaannya, penuaian di negara maju menggunakan jentera manakala di India dan Myanmar, penuaian pokok kacang kuda masih dijalankan secara manual.

Pokok kacang kuda yang telah bersedia untuk dituai mestilah mempunyai buah yang matang melebihi 80 peratus.

Buah yang dikutip akan dikeringkan, dikumpul dan dikeluarkan biji kacang kuda daripada sarungnya. Kacang kuda tersebut akan digredkan mengikut kualiti sebelum dipasarkan.

Walaupun kacang kuda banyak digunakan di Malaysia, namun kita hanya mengimportnya dari luar.

 

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Kacang Kuda and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply