MUSUH TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Musuh dan penyakit yang tidak dikawal dengan sempurna akan memberi kesan negatif kepada hasil ternakan. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan dengan betul dan berkesan. Artikel kali ini saya akan kongsikan musuh ternakan ayam kampung yang biasa menyerang ternakan kita. Antara musuh-musuh ternakan ayam kampung adalah seperti berikut.

Ular Sawa

Selalunya datang mengikut bau ayam dari air yang mengalir selepas hujan. Aktif di awal pagi dan waktu malam. Sebelum aktiviti penternakan dilakukan, penternak harus memikirkan dahulu risiko dan masalah yang akan dihadapi. Bagi masalah ini, penternak haruslah memiliki reban yang tertutup bagi melindungi ternakan mereka daripada diserang atau dimakan oleh ular sawa. Pastikan ayam yang diternak berada dalam reban pada waktu malam dan pastikan reban itu selamat daripada dimasuki ular sawa tersebut.

Kera

Bergerak secara berkumpulan dan amat menyukai anak ayam dan telur ayam. Sangat agresif dan selalunya pandai menunggu peluang ketika tiada orang di reban. Aktif di waktu siang hari. Bagi masalah serangan kera, sebahagian penternak memilih untuk membunuh musuh tersebut samada menembak atau memasang perangkap yang sudah diletakkan racun di situ.

Helang

Mampu menyambar anak ayam atau ayam separa besar dengan laju. Selalunya akan berada di kawasan sawit dan pokok tinggi memerhati dan menunggu peluang. Aktif di waktu siang terutama tengahari. Jika serangan musuh ini serius, penternak harus memasang jaring bagi menutup kawasan ternakan tersebut.

Biawak

Sama seperti ular sawa mengikut bau ayam selepas hujan. Agresif apabila dikepung. Aktif di waktu siang hari. Binaan kandang dan reban perlu dilakukan untuk mengelakkan ayam ternakan diserang oleh biawak. Memasang kandang menggunakan zink juga boleh dilakukan kerana biawak tidak berkeupayaan untuk memanjat zink.

Manusia

Aktif di waktu siang dan malam ketika tiada orang di ladang. Agresif dan selalunya bersenjata ketika mencuri. Selalunya di kawasan sawit atau kebun getah. Musuh ternakan ini nampak biasa tetapi memberi risiko kepada penternak itu sendiri sekiranya pencuri tersebut memiliki senjata tajam. Sukar untuk dikawal.

Untuk artikel lanjut berkenaan ternakan ayam kampung boleh layari di sini dan berkenaan sistem ternakan ayam kampung boleh rujuk di sini. Selain itu, berkenaan pengurusan rekod ladang boleh rujuk di sini dan jenis-jenis penyakit yang boleh menyerang ayam kampung boleh rujuk di sini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in ayam kampung, Musuh Ternakan Ayam Kampung and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply