PETOLA ULAR

Petola Ular

Petola Ular (Tricosanthes spp) adalah sejenis tumbuhan dari Keluarga Cucurbitaceae yang berasal dari kawasan Asia Selatan terutamanya dari Kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Tanaman ini jarang di tanam secara tunggal di kebun dengan skala luas dan hanya di tanam dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri dan pasaran domestik. Kegunaan buah petola ular adalah kebanyakanya sebagai sayuran dan bahagian daun juga dijadikan ulam atau sayuran. Terdapat bebarapa kegunaan perubatan petola ular iaitu untuk menyejukkan badan, mengurangkan bengkak kaki, menghalau nyamuk dan sebagainya.

Kawasan sesuai untuk tanam petola ular adalah tanah subur yang lembab dan tidak bertakung air. Sebaiknya ditanam di atas batas dan disediakan para secara trellis atau lazimnya di tanam dikeliling rumah yang ada pagar chain-link. Petola Ular ditanam dengan biji benih dari buah cukup matang terus di atas batas atau boleh juga disemai.

Jarak tanaman yang disyorkan adalah diantara 1 hingga1.5 m x 60-75 cm. Pastikan ada sistem pengairan yang sempurna untuk membekalkan air. Pembajaan awal dengan baja organik dan dikuti dengan baja NPK 15:15:15 dan Baja Buah NPK 12:12:17:2 diamalkan mengikut kadar sesuai. Buang rumput dikawasan penanaman.

Biji benih Petola Ular

Buah petola ular akan menjadi padat 12-20 hari selepas proses pembentukan buah (Fruit set). Buah yang panjangnya 30-60 cm, masih lembut, berwarna hijau keputihan dan matang sesuai dipetik. Jika dibiarkan terlalu lama kulit akan menjadi keras dan tidak sesuai untuk dijadikan sayuran. Buah untuk dijadikan biji benih dibiarkan masak sehingga kering diatas pokok.

 

Penyakit utama yang menyerang tanaman petola ular adalah Penyakit Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) dan juga Penyakit Antraknos (Collectotrichum lagenarium). Kawalan dijalankan dengan menggunakan racun kulat seperti Maneb dan amalan penggiliran tanaman. Musuh yang menyerang petola ular seperti Kumbang makan daun (Aulacophora vinula, Copa occydentalis dan Lagria villosa) yang makan daun muda dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga. Serangan Cacing Nematod (Meloidogyne spp) terhadap pokok ini juga sering berlaku.

Petola Ular merupakan tanaman yang tidak asing bagi petani sayuran di Malaysia. Mungkin tidak ramai mahu menanam petola ular kerana ruang pemasaran dan permintaan petola jenis ini terhad tidak seperti petola segi. Sebahagian masyarakat lebih gemar untuk memasak terung ular ini dengan cara tumisan sahaja dan dihidangkan sekali bersama nasi panas dan sambal belacan serta ada juga yang hanya merebus begitu sahaja.

Contoh hidangan masakan petola ular

Bagi artikel berkenaan petola, anda boleh rujuk di sini.

Kongsikan!
  • 10
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares
This entry was posted in Petola Ular and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply