RAMBUTAN ANAK SEKOLAH

Rambutan anak sekolah atau nama saintifiknya Nephelium lappaceum sangat popular di Malaysia. Ianya berasal dari Thailand dan telah didaftarkan pada 1 Jun 1981. Rambutan anak sekolah merupakan varieti rambutan yang mendapat permintaan paling tinggi kerana ciri-ciri pada buahnya yang menepati citarasa masyarakat setempat.

Nak tahu apa yang best sangat dengan rambutan anak sekolah ni? Teruskan membaca artikel ini.

Saya sangat seronok apabila musim buah kunjung tiba. Hal ini kerana, sepanjang jalan pulang ke kampung, dapat melihat gugusan rambutan pohon-pohon di tepi jalan. Sungguh meriah dengan warnanya yang kemerahan dan kekuningan. Menunggu masa untuk dikait dan dinikmati buahnya yang manis dan berair.

Selalu orang berpesan, jangan makan buah rambutan dalam kuantiti yang banyak kerana boleh mengakibatkan batuk.

Namun, yang mengakibatkan batuk itu sebenarnya bukan buah rambutan tapi kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buah.

Menariknya, isi buah rambutan anak sekolah ini isinya lekang dan tidak terlekat pada kulit kayu biji rambutan.

Ciri-ciri

Ciri-ciri rambutan anak sekolah ini ialah berwarna merah, isinya lembut, sederhana tebal, kurang berair dan lekang. Bentuk buah ialah bulat – bujur. Isinya manis, lekang dan pejal.

Cara Penanaman

Mulakan dengan menggali lubang. Apabila siap menggali lubang,
seeloknya letakkan baja organik secukup rasa seperti  tahi ayam atau tahi lembu kering atau seumpamanya diselang dengan tanah yang elok seperti top-soil atau baja bakar. Atau top-soil atau baja bakar atau apa apa tanah yang penting subur dan berkhasiat.

Seterusnya, ambil anak pokok rambutan anak sekolah dan keluarkan dari poli beg. Keluarkan dengan berhati-hati agar tidak terusik struktur akarnya.

Letakkan anak pokok tadi berada kedudukan tengah-tengah, paras tanahnya sedang elok dengan paras tanah asal/permukaan lubang.

Siram air secukup rasa agar tanah itu mampat. Setiap dua minggu, letakkan baja tahi ayam.

Kalau tiba musim kemarau, rajin-rajin kan lah untuk siram pokok. Apabila pokok cukup khasiat, cepatlah ia membesar.

Petua

Petua dari mereka yang pernah tanam, air basuhan beras jangan di buang tapi simpan untuk disiram pada pokok rambutan anak sekolah tadi.

Images credit to mommyshahab.blogspot.com

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Rambutan Anak Sekolah and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply