REKOD LADANG PROJEK TERNAKAN

Rekod ladang dalam projek ternakan hendaklah diwujudkan , disimpan dengan teratur dan dikemaskini. Rekod-rekod disimpan bagi keperluan mengesan dan menilai tahap kecekapan pengurusan ladang dan untung rugi. Jadi saya akan kongsikan contoh rekod ladang yang boleh digunakan buat penternak.

Antara rekod yang perlu disimpan adalah:
• Tarikh anak ayam tiba
• Bilangan anak ayam diterima
• Sumber/baka anak ayam
• Kematian/singkirian harian ayam
• Pemberian vaksin/rawatan (jenis vaksin/ubat)
• Pembelian vaksin/ubat
• Penggunaan air/elektrik

Contoh Rekod Ladang Berjadual

Berikut adalah contoh penjadualan rekod ladang yang boleh dijadikan rujukan kepada penternak. Setiap aktiviti ladang sama ada pembersihan kawasan, penyemburan pembasmi kuman, atau pengurusan sisa ternakan yang dilakukan haruslah direkod bagi mengelakkan daripada kekeliruan pengurusan penternak.

Penggunaan ubat-ubatan mestilah terkawal, mengikut arahan pengilang, nasihat doktor veterinar atau pakar dalam bidang ini. Ini bagi mengelakkan terdapat residu ubat-ubatan veterinar dalam rantaian makanan.

Bagi pengurusan sisa ladang dan pencemaran pengusaha ladang perlu memastikan langkah-langkah diambil untuk memastikan aktiviti-aktiviti penternakan tidak mencemar persekitaran (air, tanah, udara).

Program vaksinasi secara bertulis perlu disediakan dan dilaksanakan dengan betul. Jenis vaksin yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan keperluan (spesis, jenis dan umur) ternakan. Penggunaan, pengendalian dan penyimpanan vaksin perlulah dengan cara yang betul. Hanya vaksin yang diluluskan sahaja boleh digunakan. Keberkesanan program vaksinasi yang dijalankan perlu dipantau.

Penggunaan, pengendalian dan penyimpanan ubat, bahan kimia dan racun perlu mengikut kaedah yang betul. Hanya ubat, bahan kimia dan racun yang diluluskan sahaja boleh digunakan. Keberkesanan ubat yang digunakan hendaklah dipantau secara berkala.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan maklumat pengurusan ternakan itik boleh klik disini dan bagi pengurusan berkenaan ayam kampung boleh klik disini.

Juga untuk kursus ternakan ayam kampung secara online boleh lihat di sini.

Serta bagi kursus ternakan itik telur dan itik daging boleh riki di sini.

Semoga bermanfaat !

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in REKOD LADANG and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply