SELOM

SELOM

Selom ialah sejenis ulam yang terdapat di hutan hujan Malaysia. Oenanthe javanica ialah nama saintifik bagi selom.

Oenanthe berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud jambak bunga yang menyerupai setangkai anggur.

Javanica pula merujuk kepada Pulau Jawa yang merupakan tempat mula-mula selom dikutip untuk dibuat kajian.

Daun muda dan batang boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya menyerupai  lobak merah ataupun parsley.

Ia tergolong dalam herba tempatan yang sering didapati di kawasan lembap di seluruh Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Selom berasal dari keluarga Umbellifereae.

Selom biasanya tumbuh meliar di kawasan yang lembap seperti di tepi paya dan sawah. Namun sekarang, selom di tanam lebih teratur bagi tujuan pasaran segar. Ia mengandungi banyak zat terutama vitamin C dan zat galian.

Masakan

Kalau anda penggemar laksa Utara, mesti anda sudah terbiasa makan daun selom yang diletakkan bersama laksa.

Ada yang gemar menggunakan daun selom untuk dijadikan kerabu. Malah, ada juga yang gemar makan daun selom secara mentah untuk dijadikan ulam. Semua pilihan ini terpulang kepada selera anda. Namun yang pasti, daun selom menawarkan khasiat bagi mereka yang makan.

Cara Penanaman

Selom tergolong dalam kategori tanaman yang senang ditanaman dan mudah dijaga.

Daun selom mempunyai anti-oksidan yang sangat tinggi. Bahkan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C dan juga mineral yang lain.

Tumbuhan ini tumbuh secara menegak. Ia mempunyai batang yang jelas berongga dan berwarna hijau. Mempunyai bunga berwarna putih dan kecil  serta tersusun dalam satu jambak.

Selom boleh tumbuh di pelbagai jenis tanah. Namun, tanah yang paling sesuai untuk tanam selom ialah tanah yang subur, lembap dan mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah itu juga mestilah mempunyai saliran yang baik.

Jika mahu ia di tanam di atas batas, batas itu mestilah digemburkan dan saiz ukurannya bergantung kepada keadaan tanah.

Menanam biji benih juga boleh digunakan namun menanam menggunakan keratan akan lebih cepat mengeluarkan hasil.

Penjagaan

Siraman

Di peringkat awal pertumbuhan, pokok selom memerlukan air yang mencukupi untuk membesar dengan baik. Sebaiknya siram pokok dua kali sehari, waktu pagi dan juga petang.

Kebiasaannya, keratan-keratan batang akan mula berakar dalam masa 2 ke 3 minggu selepas di tanam. Setelah 4 hingga 6 minggu, apabila pokok mula tumbuh, penyiraman boleh dikurangkan.

Membaja

Disarankan untuk menggunakan baja-baja organik seperti najis haiwan yang reput contohnya tahi lembu atau tahi ayam.

Baja organik meningkatkan kesuburan tanah manakala baja kimia memberi makanan yang cukup untuk pokok.

Kawalan Penyakit dan Serangga Perosak

Selom tidak mempunyai banyak penyakit dan musuh serangga perosak. Namun, penyakit yang biasa didapati menyerang ialah penyakit kulat jelaga (Sooty mould).

Memungut Hasil

Hasil dari pokok selom boleh dipungut setelah 3 atau 4 bulan selepas di tanam. Potong batang pokok selom dengan menggunakan pisau yang tajam.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Selom and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply