TERNAKAN CACING VERMIKOMPOS


Vermikompos adalah kompos yang diperoleh dari hasil pereputan bahan-bahan organik (sisa tanaman) yang dimakan dan di cerna oleh cacing tanah. Vermikompos merupakan campuran kotoran cacing tanah (casting) dengan sisa media . Oleh kerana itu, vermikompos merupakan baja organik yang mesra alam dan memiliki kelebihan tersendiri dibandingkan dengan kompos lain yang kita kenal selama ini.

Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu spesis cacing yang tergolong di dalam kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai untuk industri Vermikultur / Vermikompos di Malaysia termasuk:
• Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
• African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
• Pheretima Elongata.
• Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Cacing Harimau adalah cacing import daripada Australia yang paling sesuai diternak kerana ianya kuat makan dan menghasilkan baja dan katanya memang wujud secara semulajadi di hutan di negara kita. Cacing ini juga suka makan najis haiwan dan bahan tumbuhan dengan cekap.

Secara teorinya menternak cacing adalah satu aktiviti sampingan yang mampu menjana pendapatan tambahan dan merupakan satu projek Teknologi Hijau (Green Technology) yang patut digalakan di negara kita. Projek ini mampu kitar semula bahan buangan daripada aktiviti pertanian seperti pengkomposan batang jagung, sisa tanaman, jerami padi, sisa hampas kelapa sawit dan banyak lagi sisa ternakan daripada kandang.

Cacing yang dipilih perlu cepat membiak dengan kapasiti sebanyak 50 biji kapsul telur setahun dimana setiap kapsul ada 3-4 ekor cacing. Maknanya dalam setahun cacing kita mampu membiakkan sebanyak 150 – 200 ekor anak cacing. Cacing yang diternak ini bertujuan untuk mendapatkan baja vermikompos yang mempunyai nilai nutrien yang baik untuk tanaman.

Bagi tujuan ternakan, bekas yang digunakan untuk menternak cacing kompos adalah bersaiz lebih kurang 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar. Manakala bagi makanan cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik sebagai contoh sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri, asalkan ianya organik boleh diguna-pakai dan dimanfaatkan sebagai bahan makanan dalam sistem Vermicomposting. Akan tetapi, setiap satu perlu distabilkan.

Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan.

Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini juga sebagai makanan cacing.Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang boleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklah membolehkan air siraman mengalir dengan baik. Binca-binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah melepasi peringkat kepanasan dan fermentasi.

Sisa makanan tidak semestinya membiakkan ulat. Jika lalat mula bertelur dan membiak bermakna sistem anda terlalu basah, berbau busuk atau masam(pH rendah). Jika media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakkan bakteria pengurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kepada sisa buangan tersebut. Bau busuk itu adalah ammonia yang dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.

Kongsikan!
  • 4
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares
This entry was posted in Ternakan Cacing Vermikompos and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply