PAKU PAKIS


Paku pakis merupakan tumbuhan yang mudah didapati di negara kita terutamanya di kawasan tanah pamah yang lembab. Tumbuhan ini adalah daripada keluarga Davalliaceae yang mempunyai lebih dar 40 spesies tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain. Pada bahagian pucuk muda terdapat satu bentuk seperti ‘gelungan tali’ yang berlingkar yang dikenali sebagai ‘krozier’. Paku pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini berkumpul membentuk tompokan iaitu di bahagian hujung, permukaan atau di tepi daun.

Pakis sejati atau juga dipanggil pakis sebenar mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian akar, batang dan daun yang jelas pembahagiannya. Bahagian daun pakis yang boleh dimakan ini adalah daun muda. Paku Pakis ini di kutip pada waktu pagi dikawasan tanah gambut dalam belukar di sekitar tanah lapang dengan memetik 25 – 45 cm bahagian pucuk pakis yang lembut dan berwarna hijau yang tumbuh .

Pertumbuhan pucuk paku pakis lebih cergas pada musim hujan dan panas saling berganti. Satu ikat lingkungan 200 -300 gram yang diikat dengan getah dan dijual dengan harga RM1.00. Pucuk ini amat sesuai dimasak sebagai sayuran segar dengan menggoreng atau di tumis dengan ikan bilis dicampur udang segar atau udang kering atau daging dengan bawang putih dan sedikit garam.

Paku Pakis merupakan satu lagi potensi untuk di majukan pada masa akan datang dengan identiti “Sayuran Traditional Organik”. Pada masa ini kita hanya boleh dapatkan bekalan pucuk paku pakis di Pasar Malam, Pasar Basah dan jarang didapati di Hypermarket atau Supermarket. Diharap pada masa akan datang industri tanaman paku pakis akan di usahakan secara komersial seperti juga paku pakis yang di majukan untuk ornamental (Tanaman Hiasan). Kita di Malaysia masih bersyukur kerana kita boleh beli pucuk pakis dengan murah di pasar malam atau pasar tani atau pasar tamu yang murah dan segar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan teknologi penanaman paku pakis atau dikenali juga sebagai pucuk midin boleh klik di sini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Paku Pakis and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply