JAMBUL NENAS SEBAGAI BAHAN TANAMAN

Jambul Nenas merupakan satu struktur yang terletak diatas buah nenas (Ananas cosmosus) yang penting dan jarang-jarang dibincang dalam industri penanaman nenas. Jambul nenas yang wujud sebenarnya menunjukkan indikator kesuburan tanaman nenas. Morfologi Jambul Nenas juga berbeza saiznya mengikut varieti nenas dan juga amalan agronomi yang dijalankan. Lazimnya terdapat beberapa varieti nenas perlu di petik bersama-sama jambul nenas untuk mempastikan ketahanannya selepas nenas dipetik (post harvest interval). Jika jambul ini dibuang, ini akan menyebabkan berlaku luka pada bahagian pucik buah nenas dan akibatnya buah akan cepat rosak atau busuk.


Jambul Nenas merupakan salah satu daripada bahan tanaman (planting material) selain daripada Sulur (Suckers) dan Slips.Jambul yang di pulas dari buah nenas sebelum buah tersebut dinaikkan keatas lori akan di kumpulkan di satu lokasi. Jambul ini dibiarkan terjemur beberapa hari sebelum ditanam. Penanaman nenas menggunakan jambul agak mudah untuk kawasan tanah gambut. Tambahan, dengan menggunakan bahan tanaman jambul mendapati pokok nenas tumbuh agak sekata dan kurang kadar kematian.

Teknologi atau Teknik Penyukuan Jambul (Crown Quartering Method) telah lama juga diperkenalkan dialam industri nenas tetapi kurang popular kerana ia lambat dan jumlah jambul adalah terhad dimana lazimnya hanya ada satu jambul pada sebiji buah nenas. Bagaimana pun selain dari aktiviti penyukuan sulur kini penyukuan jambul telah berjaya menghasilkan banyak benih nenas dan prosesnya lebih cepat. Pilih jambul daripada buah nenas matang dari varieti yang terpilih dan kemudian di belah empat. Belahan jambul yang dibelah 4 tadi kemudian dirawat dengan larutan racun kulat Benlate dengan 0.01% untuk elakkan ia menjadi busuk. Kemudian keratan jambul ini akan disemai di dalam nurseri dengan jarak 10 cm x 10 cm dengan susunan 5 baris setiap batas. Sulur mula kelihatan selepas 2 minggu semburan baja organik dibuat. Sulur yang pertama dapat diambil setelah berumur 4 bulan atau 117 hari setelah disemai dan ia boleh diubah ke ladang. Setiap 3 bulan setengah, sulur yang seterusnya akan dapat diambil menjadikan banyak sulur benih yang dihasilkan.

Untuk artikel berkenaan pemilihan benih nenas anda boleh klik di sini manakala berkenaan pengurusan penyakit pada tanaman nenas boleh klik di sini. Selain itu, berkenaan tisu kultur nenas anda boleh baca di sini dan berkenaan penyukuan nenas untuk pembenihan boleh klik di sini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Jambul Nenas and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply