DAUN SETAWAR

Setawar adalah sejenis pokok herba yang mudah ditanam, cuma perlu menggunakan keratan ranting atau daunnya. Ia pokok yang senang hidup dan tidak perlu penjagaan rapi.

Semasa saya di alam persekolahan, saya suka sangat masukkan daun setawar ke dalam buku sekolah. Selepas beberapa hari daun setawar akan mengeluarkan akar dan kemudian saya akan letak daun-daun ini diatas tanah untuk biarkan ia tumbuh. Seingat saya, dulu-dulu orang suka sangat tanam pokok setawar di perkarangan rumah tapi sekarang ini dah jarang sekali kelihatan.

Setawar adalah sejenis tumbuhan saka berair yang tumbuh setinggi 3 hingga 5 kaki. Ia mempunyai batang yang berongga, berdaun hijau pekat yang tebal dan berisi, tepinya bergigi. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara. Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak.


Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak.Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik. Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.

Pokok setawar pun ada khasiat ubatan. Daunnya tidak dimakan tapi jus daun setawar bermanfaat untuk mencuci saluran kerongkong dan merawat bengkak anak tekak. Air rebusan daun setawar diminum untuk membersihkan saluran kencing dan mengatasi masalah sakit ketika buang air kecil dan jangkitan pada sistem pundi kencing.

Setawar(Kalanchoe pinnata) merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun. Ia digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan ke dalam air kemudian air itu dipupuk ke atas kepala. Selain itu ia digunakan untuk mencegah kanser ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Setawar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply