BUAH KERANJI

Sorong papan tarik papan,
Buah Keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Saya pasti, ada di kalangan pembaca yang biasa mendengar pantun di atas. Namun, adakah anda kenal mahupun pernah merasai sendiri buah Keranji?

Boleh dikatakan, peribahasa ini biasa disebut-sebut oleh rakyat Malaysia. Namun hakikatnya masih ramai yang tidak mengenali rupa buah Keranji terutamanya generasi baru. Buah ini banyak di jual di pasar-pasar tertentu sekitar negeri Kelantan dan Terengganu. Uniknya, ia biasanya boleh didapati selepas tamatnya musim buah-buahan.

Buah keranji

Buah Keranji

Dalam istilah botaninya, ia dikenali sebagai Dialium indum. Buah ini merupakan buah hutan yang banyak ditemui terutamanya hutan di Sabah dan Sarawak dan di daerah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Di Indonesia, buah ini cukup popular. Ia biasa dijadikan sebagai rempah bertujuan bagi menimbulkan rasa masam bagi sesuatu hidangan. Manakala di negara Arab pula, mereka mengamalkan memakannya sebanyak tiga biji sehari kerana dipercayai khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menurunkan kolestrol.

buah keranjibuah keranji

Buah Keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 sentimeter dan dibaluti kulit hitam yang rapuh. Isinya pula berwarna oren dan menghasilkan kombinasi rasa masam dan manis. Untuk makan buah ini, anda hanya perlu memicit kulitnya sahaja sebelum dikemam seperti makan gula-gula. Keistimewaan buah ini ialah tahan lama sekaligus mengurangkan risiko rugi kerana ia tidak busuk. Jika diawet, ia mampu bertahan sehingga dua tahun.

Ia dijual dengan harga RM10 bagi setiap 100 gram. Tidak hairanlah kalau harga pasaran bagi buah ini agak tinggi kerana kesukaran yang terpaksa dilalui oleh pencari buah amat susah dan berisiko tinggi. Mereka terpaksa memanjat pokok setinggi 50 meter ekoran kebanyakan pokok Keranji yang mengeluarkan buah berada pada ketinggian antara 30 hingga 50 meter.

Pokok Keranji

Pokok Keranji

Memang sukar nampaknya untuk mengutip buah keranji ini. Justeru, mereka meletakkan harga yang berpatutan untuk pasaran buah ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri buah Keranji yang unik ini.

Kongsikan!
  • 15
  •  
  •  
  •  
    15
    Shares
This entry was posted in Pokok Keranji and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply