CABARAN PENANAMAN BUAH NAGA


Seperti tanaman yang lain buah naga menghadapi beberapa masalahdari serangan mahluk perosak dan penyakit.Serangga perosak termasuk kumbang Xylopetrus yang perlu diawasi, walaupun tahap serangan adalah rendah. Selain itu, lalat buah(Dacus dorsalis) adalah sangat penting untuk dikawal untuk mengelak dari buah menjadi busuk apabila dituai.Haiwan perosak juga menyerang tanaman buah naga ini adalah burung, tupai, tikus dan kelawar. Haiwan-haiwan ini akan makan buah yang sudah masak.

Oleh sebab itu, buah hendaklah dibungkus untukmengelakkannya dari dirosakkan oleh haiwan-haiwan berkenaan.Selain daripada haiwan perosak, penyakit batang reput (stem rot) yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris turut menyerang tanaman ini. Kulat Phomopsis menyebabkan bintik berwarna coklat pada buah. Semburan dengan racun kulat dapat mengawal penyakit ini daripada merebak.

Penyakit kuning berpusar pada kulit disebabkan kulat Collectrotrichum sp. dan penyakit reput bakteria mempunyai bau busuk pula disebabkan oleh Erwinia sp.. Penyakit-penyakit yang menyerang ini amat bahaya dan boleh menyebabkan kerugian yang besar jika tidak diambil langkah-langkah pengawalan yang secukupnya. Salah satu kaedah mengatasi masalah penyakit ialah dengan mengambil pencegahan di peringkat bahan tanaman dan di ladang. Untuk bahan tanaman, penyediaan bahan tanaman hendaklah dari sumber ladang induk yang bebas penyakit. Keratan tanaman perlu dirawat dengan cara rendam dalam racun sebelum menanam. Racun kulat berasaskan kuprum (copper- based fungicide) seperti Mancozeb selama 10 minit. Keratan yang telah di rawat hendaklah di keringkan selama 3-4 jam sebelum di tanam di ladang.

Penyakit Antraknos

Penyakit Bintik Putih

Untuk penjagaan di ladang, kebersihan ladang hendaklah di jaga terutamanya dari rumput rampai kerana ia boleh menjadi perumah bagi vektor. Cantasan formatif pula hendaklah di buat dimana ada keseimbangan pokok. Setiap dahan mengeluarkan tiga atau empat dahan baru hendaklah dibiarkan. Sulur air atau pucuk-pucuk muda yang keluar perlu dibuang.

Keratan semasa cantasan pada dahan hendaklah rapat kepada sisi dahan. Kanopi pada pokok jangan terlalu rimbun, pangkasan mengikut bentuk tengah-terbuka (open centre). Kanopi poko didedahkan dan galakkan bahagian atas dahan kepada sinar matahari. Setelah membuat cantasan, pastikan semua dahan dahan yang telah dikerat di kumpulkan dan di buang. Jangan biarkan dahan-dahan bertaburan di dalam ladang.

Jalankan aktiviti merumput secara manual. Sekiranya racun rumpai digunakan elakkan semburan terkena pokok. Gunakan corong di pasang pada muncung pam untuk mengurangkan rembesan racun. Pemantauan (surveillance) hendaklah dibuat dari segi bilangan dahan yang berpenyakit seperti bintik putih(white spots) setiap minggu untuk mengetahui status kesihatan tanaman.

Potensi penanaman buah naga di Malaysia adalah sangat cerah.Memandangkan terdapat varieti yang sesuai serta teknologi agro-pengurusan yang baik. Selain, buah naga di makan segar, produk hiliran dapat dibangunkan seperti kordial, jem, sirap dan lain-lain produk nilai tambah. Nilai perubatan yang ada pada buah naga seperti mengandungi antioksidan dan fitoalbumin dapat dijadikan kekuatan dan justifikasi untuk memperluaskan bidang farmasutikal dan perubatan. Walaubagaimana, ada beberapa faktor yang menghambat pembangunan penanaman buah ini seperti penyakit dan makhluk perosak. Ini boleh diatasi dengan penggunaan bahan keratan bebas penyakit serta penjagaan ladang yang terkawal. Walaupun, kos untuk mengendalikan tanaman buah naga pada peringkat awal adalah tinggi bagi penanaman setiap sehektar namun keuntungan yang dicapai adalah lumayan berbanding dengan tanaman lain.

Artikel selanjutnya berkenaan penanaman buah naga anda boleh klik (di sini) dan (sini).

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cabaran Penanaman Buah Naga and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply