CARA PEMPROSESAN KEREPEK PISANG

Kerepek Pisang merupakan sejenis makanan ringan yang mudah disediakan dan mudah membelinya dimana-mana di Malaysia. Buah Pisang (Musa spp) merupakan sejenis buah tropika yang sering dimakan segar atau diproses untuk menjadi pelbagai jenis kuih muih termasuk di buat menjadi kerepek pisang. Terdapat banyak jenis pisang yang sesuai dijadikan kerepek seperti Pisang Nipah, Pisang Tanduk, Pisang Lang, Pisang Awak, Pisang nangka dan sebagainya.

Kerepek Pisang dahulu hanya sering dibuat pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung semasa hari raya dan semasa majlis rewang kenduri kahwin untuk dijamu kepada tetamu. Kini kerepek pisang telah dikomersilkan dan boleh juga dibeli sepanjang tahun dengan pelbagai jenis pilihan. Ia ada dijual dipremis jualan produk IAT, pasaraya, pasar malam, pasar tani.

Pilih buah pisang yang sesuai matang (elakkan daripada yang masak ranum atau terlalu muda) daripada jenis pisang yang sesuai. Ketepatan memilih tahap kematangan pisang yang yang hendak dijadikan kerepek tandan pisang amat penting didalam menentukan kualiti kerepek yang dihasilkan. Kalau terlalu muda akibatnya rasa keenakan kerepek berkurangan sementara jika terlalu matang akan menyebabkan kualiti kerepek juga kurang baik. Tandan pisang perlu dituai dengan baik kemudian pisang ini dibersihkan dari kekotoran dengan membasuhnya jika ada tanah dan sebagainya. Buah pisang ini kemudian akan dibawa kepusat pemprosesan membuat kerepek untuk proses membuang kulit.

Cara-cara penyediaan:


1. Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah belum masak. Belum ada kekuningan. Jika sudah mula mengkal kerepek akan jadi agak liat atau lemau.


2. Kupas pisang bermula dengan memotong pangkal dan hujungnya dahulu. Kemudian hiris kulitnya secara memanjang . Hiris hingga pisau mencecah isi pisang. Buat beberapa hirisan kira-kira jarak 3/4 inci. Ini untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya agak melekat dengan isi.


3. Guna penyagat dan sagatkan pisang ikut kesukaan, sama ada memanjang , serong atau tegak. Semuanya akan menghasilan bentuk yg berbeza. Saya suka potong cara memanjang untuk cepat siap 🙂 . Letak penyagat di atas besen yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain. Sagat 3-4 biji pisang untuk satu gorengan.Anda boleh mengupas pisang hingga habis baru menyagat. Ikutlah mana yg selesa.

4. Bancuh satu sudu besar garam dan satu sudu serbuk kunyit dengan 3/4 cawan air. Air garam ini akan diguna untuk memasinkan kerepek.

5. Panaskan kira2 1 liter minyak masak. Bila sudah agak panas (jangan sampai berasap), masukkan pisang yg telah disagat dan ditoskan. Pisah-pisahkan pisang ini menggunakan sudip. Biarkan 5-7minit, kacau sekali sekala. Bila pisang sudah mula mengeras, tabur 2 sudu air garam dalam kuali . Anda akan mendengar bunyi berdesir, kacau-kacaukan kerepek supaya air garam rata. Goreng 2-3 minit lagi hingga bunyi desiran berhenti dan kerepek benar-benar garing. Tos dan letakkan atas redai atau penapis.Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kongsikan!
  • 9
  •  
  •  
  •  
    9
    Shares
This entry was posted in Cara Pemprosesan Kerepek Pisang and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply