Halia bara merupakan salah satu jenis halia dari keluarga Zingiberaceae. Ia juga dikenali sebagai halia merah mahupun halia udang. Di Indonesia, ia dikenali sebagai halia emprit. Ia kaya dengan khasiat perubatan dan sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu mahupun Nusantara. Tanaman ini merupakan tanaman yang dicari oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiat perubatan yang terkandung dalam tanaman ini.
Ciri-ciri
Halia bara atau nama saintifiknya Zingiber officinale var rubrum mempunyai saiz umbisi yang lebih kecil, berwarna merah (merah tua) dan mempunyai bau yang lebih kuat berbanding halia biasa. Mempunyai saiz daun lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing.
Ia mempunyai batang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar dan mempunyai bentuk berumpun sama seperti halia biasa.
Apa yang membezakannya berbanding halia biasa ialah rizomnya yang berwarna merah. Ia mempunyai isi kekuningan dan memang terasa lebih pedas. Keunikan rasa pedas ini menjadikan ia amat sesuai digunakan oleh pengamal perubatan.
Secara keseluruhan, sifatnya sama seperti halia biasa kecuali saiz, warna rizom, serta baunya yang agak kuat.
PENANAMAN
Penanaman halia lazimnya adalah daripada rizom adalah daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunyai mata tunas. Ia boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg atau terus di atas batas.
Ciri-ciri anak benih yang disyorkan ialah sihat dan bebas penyakit. Ia perlu ditanam dengan jarak yang disyorkan seperti halia biasa. Pastikan ia ditanam ditanah yang subur, mempunyai kandungan organik yang tinggi serta mempunyai saliran air yang baik.
Tanaman halia bara dikatakan tidak emmpunyai masalah serangan perosak dan penyakit yang serius jika dikawal dari awal. Gunakan baja organik untuk membaja tanaman ini.
Tanaman ini sesuai ditanam secara konvensional dan terkini secara fertigasi.
KHASIAT
Tanaman ini didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, dapat membantu menghilangkan masalah penyakit gout dan juga resdung.
Dalam temuan lain menyatakan bahawa ia mampu merawat masalah pencernaan. Selain dari merawat masalah pencernaan, ia juga dapat meredakan kembung perut.
Seperti air minuman halia, air rebusan halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh.
Jika anda berminat untuk membaca artikel lain berkaitan halia bara, klik Siri Herba Malaysia-Halia Bara
Manakala, jika anda ingin membeli benih halia bara, boleh dapatkan di sini
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020