INDEKS KEMATANGAN NENAS

Umumnya peringkat kematangan buah nenas boleh ditentukan dengan melihat perubahan warna kulit, keratan ‘mata’ dan pengiraan hari dari tarikh menanam atau pemberian hormon untuk aruhan bunga. Untuk penuaian, kiraan hari selepas pemberian hormon seringkali digunakan oleh petani. Nenas Moris dan Josapine umpamanya, masing-masing sudah boleh dipetik 125 dan 120 hari selepas pemberian hormon. Jangka masa matang bagi buah nenas Gandul ialah 15-16 bulan sementara nenas Masmerah mengambil masa 17-18 bulan. Walaubagaimanapun, tarikh kematangan ini digunakan sebagai panduan sahaja, kerana kematangan buah nenas boleh juga dipengaruhi oleh cuaca. Buah nenas biasanya masak lebih awal apabila peringkat akhir tumbesaran buah berlaku pada musim hujan. Keterangan di bawah adalah berkenaan indeks kematangan buah nanas di Malaysia.

Indeks 1
Keseluruhan mata berwarna biru kehitaman dengan braktea berwarna kemerahan (belum matang). Isi sangat pejal dan masam dan belum boleh dituai.

Indeks 2
Keseluruhan mata berwarna hijau tua dengan sedikit kuning diantara mata di bahagian pangkal buah. Braktea agak kering dan berwarna keputihan (peringkat mula matang). Isi pejal dan kemasaman. Belum sesuai dimakan segar. Sesuai untuk ditin dan eksport segar melalui laut.

Indeks 3
Keseluruhan mata berwarna hijau dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah berwarna hijau kekuningan (cukup matang). Isi pejal, agak berjus dan masam manis. Boleh dimakan segar tetapi belum enak dimakan. Sesuai untuk ditin dan dieksport segar melalui laut dan udara.

Indeks 4
Lebih kurang 25% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.

Indeks 5
Lebih kurang 50% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.

Indeks 6
Lebih kurang 75% mata berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi agak lembik, terlalu banyak jus, manis dan harum. Masih sesuai dimakan segar. Tidak sesuai untuk eksport.

Indeks 7
Keseluruhan mata berwarna oren kekuningan (buah ranum). Isi lembik, terlalu banyak jus dan masam manis. Masih boleh dimakan segar tetapi kurang enak. Tidak sesuai untuk eksport.

Nenas dituai dengan memotong bahagian tangkainya dengan parang. Bahagian tangkai buah ada kalanya dibiarkan sepanjang 6-10 cm bagi memudahkan kerja-kerja pengendalian. Buah yang telah dituai dimasukkan ke dalam bakul yang disangkut di bahagian belakang pekerja.

Berikut adalah contoh indeks bagi nenas moris:

Indeks 1

Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang
– belum matang
– belum boleh dituai

Indeks 2

Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit kuning diantara mata di pangkal buah
– peringkat pecah warna (buah matang)
– belum sesuai dimakan segar
– sesuai dieksport melalui laut

Indeks 3

Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal buah hijau kekuningan
– buah matang
– boleh dimakan segar tapi belum enak
– sesuai dieksport melalui laut dan udara

Indeks 4

25% mata buah berwarna kuning
– buah mulai masak
– boleh dimakan segar
– sesuai dieksport melalui udara

Indeks 5

50% mata buah berwarna kuning oren
– buah masak
– baik untuk dimakan segar
– tidak sesuai untuk dieksport

Indeks 6

Lebih 75% mata buah berwarna kuning oren
– buah masak
– baik untuk dimakan segar
– tidak sesuai untuk dieksport

Indeks 7

Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren
– buah masak ranum
– masih boleh dimakan segar
– tidak sesuai untuk dieksport

Kongsikan!
  • 4
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares
This entry was posted in Indeks Kematangan Buah Nenas and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply