POTENSI JAGUNG BIJIRIN DI MALAYSIA


Jagung bijirin (Grain corn) merupakan sejenis jagung yang ditanam untuk diproses menjadi produk makanan seperti minyak jagung, tepung dan juga makanan ternakan.  Ia merupakan bahan mentah terpenting makanan ternakan termasuk ayam, lembu, kambing dan ikan akuakultur.

Jagung bijirin mempunyai lebih kandungan kanji dan mempunyai tekstur yang keras berbanding dengan jagung manis. Batang jagung bijirin yang telah dituai pula  boleh menjadi sumber fiber yang baik dan murah kepada penternak ruminan (penternakan ayam) kerana ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

Jika penanaman jagung bijirin di Malaysia di tanam secara berskala besar, ia bakal menghasilkan makanan ternakan yang lebih berkualiti dan segar kerana ia baru dituai. Hal ini berbeza dengan kualiti jagung bijirin yang diimport kerana dikhuatiri kualitinya yang berkurangan kesan daripada tempoh masa yang diambil iaitu selama 6 bulan sebelum memasuki pasaran Malaysia.

Inisiatif yang di ambil untuk menanam jagung bijirin di Malaysia diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan makanan ternakan. Hal ini kerana pada setiap tahun dianggarkan hampir empat juta tan yang bernilai RM3.1 billion makanan ternakan diimport dari negara luar antaranya dari Argentina dan Brazil.

Disebabkan kita terpaksa mengimport makanan ternakan, justeru harga daging mentah keluaran tempatan akan turut dipengaruhi turun naik mata wang negara atas perkiraan kos makanan ternakan.

Terbaru, projek perintis penanaman jagung bijirin telah dijalankan di Kampung Dadong, Terengganu. Projek ini merupakan percubaan pertama di Malaysia untuk penanaman jagung bijirin di kawasan tanah sawah.  Ia menjadi kejayaan besar kepada industri pertanian negara kerana sasaran projek tersebut melepasi piawaian antarabangsa bagi penanaman jagung bijian iaitu 5 tan metrik per hektar.

jagung bijirin

Hal ini membuktikan bahawa tanah di Malaysia tidak mempunyai masalah bagi penanaman jagung bijirin untuk ternakan kerana tanah dinegara ini adalah subur dan sesuai.  Tanaman ini memerlukan tempat yang tidak basah dan tanah yang rata bagi memudahkan mesin menuai melakukan tuaian seperti di Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Kos pengeluaran jagung bijirin adalah sekitar RM6000 sehektar . Ia memakan masa selama 110 hingga 120 hari (4 bulan) sebelum tongkol jagung menjadi cukup tua dan sesuai untuk dituai.

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Jagung and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply