PENANAMAN ANGGUR DI MALAYSIA

anggur

Anggur merupakan antara buah-buahan yang popular dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Hal ini kerana buah ini mempunyai khasiat yang tinggi. Tambahan pula, ia bukan sahaja boleh dimakan secara segar malah turut dijadikan beberapa produk siap diproses seperti jus, jem, kismis dan macam-macam lagi.

Anggur yang berasal dari keluarga Vitaceae juga termasuk dalam kategori jenis tanaman yang berbuah setiap tahun. Ia boleh berbuah sebanyak 2 atau 3 kali setahun. Walau bagaimanapun, tanaman ini perlu direhatkan selepas tuai berbuah dalam sebulan atau dua bulan.

Ketika ia direhatkan, baja kesuburan perlu ditambah. Hal ini kerana, kita mahu menggalakkan lagi pokok ini untuk menghasilkan buah. Jika kita buang semua daunnya seperti musim luruh, ia akan terkejut dan mula mengeluarkan daun baru bersama dengan buah dalam tempoh 90 hari.

Tempoh rehat yang lakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan daya rintangan pokok terhadap penyakit.

Anggur atau nama saintifiknya Vitis vinivera dikatakan berasal dari negara padang pasir. Dikatakan, cuaca panas mampu memaniskan lagi buah anggur.

Pokok anggur agak sukar untuk dijaga, namun jika pemiliknya mengendalikan tanaman ini dengan baik, ia akan menghasilkan buah anggur dengan  baik.

Cabaran utama bagi tanaman ini tentunya ancaman penyakit, serangan fungus dan juga serangan ulat daun. Racun organik boleh digunakan seperti racun organik bawang putih bagi menghalau serangga perosak seperti ulat bulu dan mealy bug.

Klik di sini untuk membaca artikel berkenaan penyakit anggur.

Anggur yang hidup subur berdasarkan beberapa faktor seperti;

  • Pemilihan biji benih yang tahan dengan hujan dan cuaca yang lembap serta panas.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari pada kadar 80 hingga 100 peratus
  • Peredaran udara yang baik
  • Teknik pembajaan yang betul

Elakkan tanaman ini daripada kerap terkena air hujan. Hal ini kerana, daun dan batang anggur mudah mereput dan berkulat serta menyebabkan buah menjadi berbintik-bintik. Justeru, rumah perlindungan hujan lutsinar disyorkan untuk dipasang pada ladang anggur agar pokok tetap subur dan terlindung dari hujan.

tanam anggur

8 jenis varieti anggur yang sesuai untuk ditanam di Malaysia ialah;

  • Isabella
  • Isabella Madu
  • IAC
  • White Malaga
  • Cardinal
  • Black Muscat
  • Thompson
  • Black Opel
  • Green Perlet
  • CBR

Kesemua jenis varieti anggur yang disenaraikan berbeza dari segi rupa dan rasa.

Klik artikel ini untuk pembacaan lebih lanjut berkenaan varieti anggur yang dinyatakan di atas.

anggur

Tumbuhan ini memerlukan saliran air yang baik dan tidak tahan dengan air yang bertakung. Hal ini kerana akar serabutnya mudah rosak kerana akar serabut tidak sekuat akar tunjang. Justeru, tanah yang sesuai untuk penanaman tanaman ini ialah tanah berpasir dimana pH di antara 6 atau 7. Tanah jenis ini perlu dicampurkan dengan tanah gambut dan baja kompos seperti bahan buangan haiwan seperti najis kambing atau kelawar.

Penyiraman perlu dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi atau lewat petang.

Bagi tujuan pembiakkan, kaedah yang disyorkan ialah proses tut atau kahwin bagi membolehkan pokok berbuah pada umur yang muda. Teknik semaian biji tidak disyorkan kerana tempoh pertumbuhannya yang lambat.

Tanaman ini sangat lasak dan sukar untuk mati. Sebatang pokok mampu menghasilkan 350 hingga 400 tangkai buah anggur. Setiaptahun, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 4 kali. Ia merupakan salah satu buah yang tergolong dalam buah buahan yang tidak mempunyai musim.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan cara penanaman anggur, klik disini

Kongsikan!
  • 9
  •  
  •  
  •  
    9
    Shares
This entry was posted in Anggur and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply