PISANG SALAI

Jika ke Indonesia, terutamanya di sekitar Bandung mahupun Padang, saya pasti tidak lepaskan peluang untuk membeli pisang salai.

Apa itu pisang salai?

Pisang Salai

Pisang salai atau dipanggil sebagai pisang sale di Indonesia merupakan pisang yang diproses daripada pisang yang telah cukup masak sehingga ianya kering. Perkataan salai itu merujuk kepada kaedah penyimpanan atau kaedah mengawet buah pisang secara tradisional namun kekal dipraktiskan sehingga kini.

Jenis pisang yang digunakan ialah dari pisang embun, pisang kapas dan beberapa jenis  pisang yang lain. Pisang yang digunakan adalah pisang yang telah cukup masak ranum. Kemudian, pisang yang hendak digunakan dibuang kulitnya sehingga bersih.  Isi pisang ini kemudian dicelup dengan cecair anti-kulat agar ia tahan lama dan tidak mudah rosak. Namun, pastikan bahan antikulat yang digunakan mestilah mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan untuk digunakan bagi makanan.

Setelah itu, pisang tersebut dihiris nipis sekitar 4 hingga 5 mm. Pisang yang telah dipotong akan bertukar warna coklat apabila terdedah pada udara. Setelah dihiris, ia disusun diatas kelarai yang diperbuat daripada buluh atau dulang aluminium yang bersih. Semasa susunan dilakukan, pastikan ia tidak berlapik dan bertindih sesama kepingan pisang. Ia disalai menggunakan udara yang panas. Kalau dahulunya pisang dijemur menggunakan cahaya terik matahari. Akan saya huraikan kaedah salai ini dengan lebih lanjut. Setelah ianya selesai disalai, pisang tersebut digoreng menggunakan tepung beras untuk menjadikannya lebih rangup. Makanya, terhasillah pisang salai yang enak dan manis.

Hirisan pisang melalui proses pengeringan

Terdapat dua kaedah untuk menyalai pisang sama ada cara tradisional mahupun cara moden. Cara tradisionalnya adalah dengan kaedah rumah asap dengan menggunakan kayu api dalam rumah khas. Ia lazimnya di bina daripada kayu papan dan dibahagian bawah dipasang bara api dari kayu yang sentiasa dibakar bagi menghasilkan haba yang panas. Asap yang dihasilkan akan menyerap masuk kedalam pisang yang disusun diatas kelarai buluh sehingga cukup kering dan kecut selepas beberapa hari yang mana ia bergantung kepada bara api. Menariknya, asap inilah yang menambahkan aroma pada pisang salai di mana ia menghasilkan bau asap. Disamping itu, ia menyebabkan pisang salai tahan lama daripada serangan kulat atau dimakan semut kerana unsur yang terkandung dalam asap iaitu Nafthalene.

Kaedah kedua iaitu cara moden ialah mengeringkan hirisan pisang dengan menggunakan ketuhar (oven). Pemanasan ketuhar boleh menggunakan dapur gas atau dapur elektrik. Kaedah ini menghasilkan pisang salai yang lebih cerah berbanding dengan pisang salai yang menggunakan cara tradisional. Kelebihan kaedah ini ialah ia menghasilkan pisang salai dengan cepat, warna yang seragam serta boleh mendapat produk dengan kuantiit yang banyak dan bersih.

Pisang salai dijual sekitar RM20/kg. Terdapat juga jualan yang di bungkus  dengan berat sekitar 150 hingga 250 gram dan dijual dengan harga RM3.00.

Pisang Salai

Jadi jika anda berkesempatan ke Johor mahupun ke Indonesia, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan dan merasai sendiri keenakan pisang salai.

Kongsikan!
  • 3
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares
This entry was posted in Pisang and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply