POKOK TIN

POKOK TIN

pokok tin

Selain daripada buah tamar dan buah zaitun serta beberapa buah yang lain, buah tin merupakan antara buah-buahan yang disebut dalam al-Quran kerana mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat.

Kebiasaanya ia banyak ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Mesir, Iran dan juga beberapa negara lain seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Justeru, ramai tidak menyangka pokok ini boleh hidup subur dinegara ini.

Menariknya, jika pokok ini ditanam di negara luar yang mempunyai perubahan 4 musim, ia hanya boleh dituai selama sekali sahaja. Oleh itu, kita biasanya jumpa buah tin yang kering, gelap dan berpasir disebabkan biji. Namun, di Malaysia, pengusaha tanaman ini mengatakan mereka mampu untuk tuai hasil buah tin selama 3 kali setahun.  Ini disebabkan oleh cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun walau ada ketikanya hujan.

Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhannya agak cepat dan mempunyai akar jenis rerambut yang banyak. Bagi pertumbuhan yang baik dan subur, ia memerlukan tanah ringan (light soils).

Tumbuhan ini memerlukan saliran air yang baik dan tidak tahan dengan air yang bertakung. Media ringan tidak berupaya memegang air dan nutrient dengan baik jika dibandingkan dengan media yang berat.

tanah pokok tin

Beberapa ketika yang lalu, penanaman pokok ini menjadi pilihan ramai orang untuk ditanam. Justeru, kebanyakan dari mereka menanam pokok ini terus ke dalam polibeg mahupun pasu. Kaedah ini disarankan kerana ia lebih selamat dan terjamin. Tumbuhan ini memerlukan campuran 30 peratus tanah hitam dan 70 peratus pasir kasar.  Pembajaan kopi boleh diberikan setiap 2 minggu sekali dan diberikan pada waktu pagi.

Pokok tin atau nama saintifiknya Ficus carica sememangnya boleh ditanam dalam pasu sebagai pokok hiasan. Ia memerlukan kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Tumbuhan ini tidak memerlukan banyak air.

Dalam tempoh tidak sampai setahun penanaman, ia akan berbuah. Sesetengahnya ia mula berbuah seawal 6 ke 9 bulan selepas penanaman. Namun, terdapat juga di mana dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, ia telah menghasilkan buah. Pokok tin memerlukan cahaya matahari cukup dan keadaan kering untuk tumbuh subur.

Biasanya apabila mula berbuah ia akan berterusan sepanjang tahun. Namun kemuncak tumbuhan ini berbuah ialah diantara Jun hingga September. Ketika ini, ia akan menghasilkan buah lebih banyak berbanding biasa.

Masyarakat Malaysia makin menggemari buah tin dan telah ramai menanam pokok tin. Permintaan pokok tin juga semakin meningkat. Potensi pasaran buah tin sangat besar kerana harga pasaran mencecah sehingga RM80/kg bergantung juga kepada jenis dan kualiti buah. Pendek kata, tidak rugi la jika anda berhajat untuk menanam pokok tin secara komersial.

Kebanyakan pengusaha pokok ini mendapatkan biji benih dari pelbagai negara luar. Namun tiga jenis benih dari Taiwan, Jepun dan Red Palestin lebih menjadi pilihan. Hal ini kerana keluaran dari 3 negara ini menepati ciri-ciri permintaan pasaran di Malaysia. Buah yang dihasilkan besar, merah dan yang penting manis.

Dikatakan, khasiat sebiji buah tin sama dengan tiga gelas susu. Ia juga mengandungi kalsium yang baik untuk tulang.

Tanaman ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan tetapi buahnya dapat dijual segar atau dijadikan produk hiliran seperti jem dan teh.

Ia boleh dibiakkan dengan tiga cara iaitu menerusi kaedah-kaedah berikut;

  1. Keratan batang bersaiz sejengkal
  2. Tut berakar
  3. In vitro atau dipanggil tisu kultur

    Dikatakan penanaman secara kaedah keratan batang adalah paling mudah dan ramai menggunakan kaedah ini. Namun, ada pengusaha pokok tin lebih gemar menggunakan penghasilan anak pokok melalui kaedah tut. Hal ini kerana, sekali pokok tin berbuah pada satu dahan itu, tidak akan ada buah pada dahan yang sama pada masa akan datang.

    Terbaru, ramai pengusaha telah mengeluarkan produk teh daripada daun pokok tin yang diproses. Ramai pengusaha tempatan telah mula mencuba menghasilkan produk teh dari daun pokok tin ini dan mengkomersialkannya.

    Jika anda berminat untuk membaca artikel berkenaan penanaman pokok tin secara keratan batang, klik di sini

  4. ysuhaimi
    Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Pokok Tin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply