SUSU KAMBING

Seperti yang diketahui umum, susu amat penting untuk membantu tumbesaran terutamanya golongan bayi dan kanak-kanak. Kegagalan mengambil susu dengan cara yang betul serta jumlah keperluan yang bersesuaian akan memberikan kesan. Dikatakan, susu kambing adalah susu kedua yang terbaik selepas susu ibu.

susu kambing

Susu Kambing

Kira-kira dua tahun lepas, pasaran tempatan dipenuhi dengan pelbagai jenama susu formula berasaskan susu kambing. Jika dilihat pada media massa, pelbagai strategi pemasaran telah dijalankan oleh pengusaha-pengusaha bagi mempromosikan jenama susu kambing mereka. Fenomena ini diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Menariknya, kebanyakan pengasas susu kambing dipasaran adalah ilham dari anak-anak tempatan. Hingga ke hari ini, pelbagai jenama susu kambing terus muncul di pasaran. Masing-masing mempunyai kelebihan produk mereka sendiri seperti memberi tenaga tambahan dan ada juga bertujuan untuk kecantikan. Mereka juga bijak memformulasikan susu kambing supaya ia sesuai untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Ini merupakan cara bagi mereka untuk bersaing antara satu sama lain.

Susu kambing adalah susu yang dihasilkan oleh kambing susu betina.  Kambing Saanen merupakan jenis kambing susu popular kerana ia mampu menghasilkan susu kambing yang berkualiti. Lazimnya susu kambing segar yang diperah dalam jangkamasa 0 hingga 3 hari adalah susu kolostrum yang mengandungi zat pemakanan yang banyak dibandingkan dengan susu lembu.  Walau bagaimanapun, susu kambing yang terbaik ialah susu kambing yang segar.

kambing saanen

Kambing Saanen

Susu kambing yang segar rasanya sedap, sedikit manis dan mempunyai rasa berlemak. Istimewanya susu kambing yang segar dan baru diperah ialah ia tidak berbau. Selain itu, susu ini kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Susu ini juga mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Namun, harus diingatkan bahawa susu kambing baik untuk dijadikan sebagai makanan tambahan dan bukan untuk menggantikan susu ibu.

susu kambing

Namun, susu kambing mempunyai aroma khas iaitu bau hamis yang disebabkan oleh asida caproat yang terkandung. Tetapi bau ini boleh dikurangkan dengan memberikan makanan tambahan yang khusus kepada kambing susu.

Setelah ramai menyedari kelebihan dan keistimewaan susu kambing, ramai pengusaha kosmetik lebih kreatif dalam menghasilkan produk syarikat mereka. Mereka telah mengeluarkan produk kosmetik mahupun produk penjagaan diri berasaskan susu kambing seperti pencuci muka, krim muka, syampu, sabun mandi dan banyak lagi.

Dikatakan, susu kambing ini dapat memberikan pelbagai khasiat. Antaranya ialah memperkasakan sistem penghadaman dan menguatkan sistem imunisasi badan. Di samping itu, susu kambing ini juga telah diamalkan oleh ibu-ibu mengandung kerana didapati dapat membekalkan tenaga kepada ibu-ibu yang hamil mahupun ibu yang menyusukan anak. Tambahan pula, susu kambing juga berupaya untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti.

Untuk membeli susu kambing yang terbaik, pengguna seharusnya bijak memilih memandangkan pelbagai jenama produk susu kambing yang berada di pasaran. Pengguna harus menitikberatkan beberapa aspek penting seperti memilih susu yang tidak berbau hamis dan tiada campuran gula tambahan.

Selamat bijak memilih!

Kongsikan!
  • 7
  •  
  •  
  •  
    7
    Shares
This entry was posted in Susu Kambing and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply