TEKNIK MUDAH TANAM SERAI DALAM PASU

tanam serai dalam pasu

Siapa yang tidak kenal dengan serai?

Serai merupakan tanaman yang paling terbiasa kita lihat ditanam di sekeliling rumah. Bahkan juga, banyak hidangan makanan yang mengandungi serai sebagai bahan asas. Contohnya masakan tomyam. Rasanya tidak lengkap menu tomyam tanpa serai yang memberikan rasa segar.

Menariknya, tanaman ini cukup mudah untuk ditanam namun harus kena dengan caranya. Tumbuhan ini tidak memerlukan ruang yang luas untuk menanamnya. Kini, anda boleh menanamnya ke dalam pasu.  Justeru, artikel ini akan berkongsi cara penanaman serai ke dalam pasu. Tapi sebelum itu, jom kenali secara ringkas mengenai tanaman ini.

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus tergolong ke dalam keluarga jenis rumput. Sekali pandang, tanaman ini menyerupai lalang. Bentuk daunnya tirus dan panjang dengan tekstur yang tajam dan kasar. Biasanya, warna daunnya berwarna hijau muda. Semakin tua usia tanaman ini, maka daunnya akan semakin berwarna kuning. Pada daunnya terdapat bulu-bulu halus yang akan menyebabkan gatal-gatal jika terkena kulit.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menanam serai ke dalam pasu;

Langkah 1: Dapatkan anak benih

Cara mudah, gunakan batang serai yang dijual dipasar mahupun pasaraya untuk dijadikan sebagai anak benih. Selain itu, anda juga boleh menggunakan batang serai matang yang diambil dari rumpun serai yang ditanam.

serai

Langkah 2: Rendam anak benih ke dalam bekas

Langkah ini penting bagi anda yang menggunakan anak benih yang dibeli di kedai kerana kebiasaannya anak benih init diak mempunyai akar. Jadi, anda ambil batang serai tersebut dan rendamkan ia ke dalam bekas yang mengandungi air. Langkah ini adalah untuk merangsang pertumbuhan akar. Dalam masa 3 hingga 4 hari, akar akan mula bertunas.

rendam serai dalam air akar serai

Langkah 3: Penyediaan medium tanah

Tanah yang anda boleh gunakan dan sesuai untuk pertumbuhan pokok ini ialah campuran tanah bakar dengan top soil. Tanah jenis ini boleh didapati dengan mudah di nurseri berhampiran rumah anda.

media tanaman serai

Langkah 4: Kaedah Menanam

Anda perlu menanam tanaman ini secara menyerong. Pastikan, hanya sebahagian perut serai sahaja yang tenggelam ke dalam medium tanah bersama dengan akar. Jika anda menanam keseluruhan perut serai, berkemungkinan besar serai anda akan mati.

Langkah 5: Menyiram

Di peringkat awal penanaman, anda  perlu menyiram sekurang-kurangnya dua kali sehari. Hal ini kerana untuk menggalakkan tahap kematangan dan kestabilan serai kepada medium dan persekitarannya. Selepas 7 hari, anda boleh mengurangkan kadar siraman sekurang-kurang sehari sekali apabila ia mula kelihatan stabil.

Langkah 6: Pembajaan

Untuk mendapatkan serai yang sihat dan gemuk, berikan baja organik seperti air belacan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

serai

Selamat menanam serai!

Jika anda berminat untuk membaca artikel lebih lanjut berkenaan dengan serai, klik tanaman serai.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in serai and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply