WADAI KIPENG


Anda mungkin tertanya-tanya apakah maksud wadai kipeng. Rasanya kalau tanya orang Banjar, dah tentu akan angguk kepala tanda tahu (tahu saja belum tentu tahu masak sendiri). Dalam bahasa Banjar, wadai bermaksud kuih dan kipeng tu pula bermaksud keping. Senang cerita wadai kipeng ini seperti bubur. Rasanya sudah tentu sedap dimakan. Artikel kali ini kita buat sedikit kelainan dimana saya akan kongsikan beberapa resepi kepada pembaca. Lagi-lagi sekarang musim hujan, boleh lah sambil-sambil tu masak resepi ini didapur dan makan panas-panas.

Dari kecil lagi saya sangat suka wadai kipeng ni kerana arwah nenek selalu memasak wadai kipeng ini dan sudah tentu sayalah yang akan makan banyak. Tetapi sekarang ini ibu saya pula yang rajin masakkan kami wadai kipeng ini. Sudah menjadi kebiasaan dan manisan buat kami. Kami merupakan keturunan banjar jawa, jadi ia tidak asing bagi kami.

Di sini saya kongsikan resepi Wadai Kipeng untuk anda yang ingin mencuba :

Bahan A
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar air kapur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya

Bahan B
6 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
1/2 ketul gula melaka
1 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya
1 cawan santan kelapa
Secubit garam
Durian (penambah rasa)

Bancuhan tepung yang digentel dan dipenyekkan

Cara memasak :
1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit.
2. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah digentel. Bila ia timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas yang berisi air.
3. Dalam periuk lain, masukkan gula merah, gula pasir, gula melaka, air dan daun pandan. Kacau sebati hingga mendidih dan gula menjadi larut. Kemudian masukkan santan dan garam.
4. Masukkan bahan A yang telah siap ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Anda boleh juga masukkan beberapa ulas durian untuk menambah rasa durian.
5. Rasakan manis dan lemaknya. Jika sudah berpuas hati, angkat dan bolehlah dihidangkan.

Hidangan yang suda sedia dimakan

Kongsikan!
  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share
This entry was posted in Wadai Kipeng and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply