RESEPI TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API

Bahan bahan:

5 biji telur itik?
1 kotak santan kotak?
1 keping asam keping?
Garam?
Gula??

Bahan Kisar:

1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili padi merah?6 tangkai cili padi
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:

1. Kisar semua bahan (lengkuas, kunyit hidup, cili hijau, cili padi merah,cili padi dan bawang putih) dan tuang ke dalam periuk. Masak hingga bahan kisar agak masak. Masukkan santan cair. Sambil terus dikacau, besarkan api sehingga kuah mendidih.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Masukkan telur itik satu persatu hingga telur agak mengeras sedikit sebelum dimasukkan yang lain. Pastikan telur dijarakkan antara satu dengan yang lain. Masak sehingga telur keras, baru boleh dikacau.

3. Bila telur masak, perlahankan api. Tuang pati santan atau santan pekat, masukkan sedikit garam dan asam keping. 

4. Kacau seketika tapi jangan sampai mendidih, masukkan juga daun kunyit, jika suka.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Bagi membeli telur itik mentah dan telur itik masin dengan harga borong boleh hubungi atau whatsapp 017 648 6713 atau 013 232 5002.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Resepi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply