Kesilapan dalam penanaman fertigasi berasaskan tanah

Penanaman fertigasi berasaskan tanah semakin mendapat perhatian di kalangan pengusaha di Malaysia.

Ini kerana kos pembangunan teknologi fertigasi semakin tinggi menyebabkan penanaman fertigasi berasaskan tanah menjadi pilihan alternatif.

Penanaman fertigasi berasaskan tanah boleh digunakan untuk menanam pelbagai jenis tanaman.

Di antaranya cili, bendi, terung, tembikai, labu dan lain – lain tanaman lagi.

Walaubagaimana pun di sebalik keghairahan pengusaha menggunakan teknologi penanaman fertigasi berasaskan tanah, ramai pengusaha melakukan set up yang salah terutama pada sistem pengairan fertigasi berasaskan tanah ini.

Antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh adalah menggunakan sistem pengairan jenis mikrotiub dan dripper pada penanaman fertigasi berasaskan tanah.

Sistem pengairan titis dengan komponen mikrotiub dan dripper adalah sesuai untuk sistem fertigasi biasa atau penanaman di dalam polibeg.

Penggunaan sistem pengairan jenis mikrotiub dan dripper pada penanaman fertigasi berasaskan tanah akan mendatangkan masalah pada pengusaha kelak.

Antara masalah utama adalah driper akan mudah tercabut daripada mikrotiub.

Fertigasi berasaskan tanah

Seseterusnya mikrotiub akan terdedah dan debu daripada tanah akan mudah masuk ke dalam hujung saluran mikrotiub serta menyebabkan mikrotiub tersumbat dan air tidak keluar.

Dripper atau penitis berfungi sebagai pemberat bagi mengekalkan kedudukan mikrotiub pada pangkal pokok atau polibeg.

Sekiranya dripper tercabut daripada mikrotiub, akan menyebabkan mikrotiub beralih daripada kedudukannya dan pokok tidak mendatang bekalan air.

Banyak kebun pengusaha di Malaysia masih lagi menggunakan sistem pengairan titis dripper ini bagi penanaman fertigasi berasaskan tanah.

Bagi penanaman fertigasi berasaskan tanah pengusaha sepatutnya menggunakna sistem pengairan daripada drip tape.

Harga kos Drip tape adalah lebih murah berbanding sistem pengairan fertigasi biasa ini.

Artikel akan datang kita akan berbicara berkenaan drip tape ini.

Sehingga jumpa lagi.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply