POTENSI TANAMAN KETUM

Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa Kort merupakan tanaman herba yang juga dikenali sebagai Pokok Biak. Ianya daripada famili Rubiaceae. Pokok ketum banyak terdapat di Afrika dan di negara kita di mana ia tumbuh liar terutama di bahagian utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Secara tradisi, pokok ketum digunakan dalam perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi kaum wanita selepas bersalin dengan meminum air rebus daun tersebut. Antara kesan utamanya ialah ia akan merawat sakit belakang, melancarkan perjalanan darah dan mengeluarkan angin dari badan. Melalui pemerhatian ahli botani, terdapat 2 jenis daun ketum. Ianya boleh dibezakan berdasarkan warna dan urat yang terdapat di daun ketum. Antaranya ialah warna daun hijau dan urat daun juga berwarna hijau dan warna daun hijau tua dan mempunyai urat daun berwarna merah. Pengamal perubatan tradisional mengatakan daun ketum yang mempunyai urat berwarna merah dikatakan lebih mujarab dan berkhasiat.

ketum

Cara-cara menanam pokok ketum mudah dimana ia boleh di tanam melalui biji benih iaitu dengan menyemai biji ketum ke dalam medium semaian. Kemudian biarkan beberapa minggu sehingga anak benih ketum tumbuh dan bertunas serta ada akar. Apabila meningkat dewasa pokok ketum perlulah diubah ke tempat yang lebih luas. Selain itu pokok ketum juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang. Kaedah ini dengan memotong bahagian batang yang cukup matang usianya. Pokok ketum tidak memerlukan penjagaan khusus kerana ia tidak mempunyai penyakit dan serangan serangga yang serius. Pokok yang matang apabila banyak daun dihasilkan dan ia boleh dipetik mengikut keperluan. Lazimnya daun ketum akan diambil secara berperingkat.

Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memusnahkan tanaman tersebut dikawasan berpotensi untuk disalahguna. Sebenarnya pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin.

Oleh itu, pelbagai pihak telah membantah dalam penanaman pokok ketum di Malaysia. Namun begitu, ketua polis negara berkata tidak salah untuk menanam daun ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam peruntukan undang-undang. Ujar beliau, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum. Hal ini kerana, dalam undang-undang Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, tidak dinyatakan menanam daun ketum adalah salah. Pihak Polis Perlis secara dasarnya tidak bersetuju dengan sebarang cadangan atau usaha mana-mana pihak untuk menjadikan ketum sebagai tanaman komersil dan dieksport ke luar negara.?

Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengatakan dan mencadangkan penanaman pokok ketum secara komersial untuk dieksport ke luar negara. Katanya, daun ketum menjadi permintaan tinggi daripada Syarikat farmasi dari negara Amerika Syarikat dan Eropah. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam daun ketum sangat membantu dalam industri farmaseutikal (pembuatan ubat ubatan). Malah dikatakan, kajian dari mereka daun ketum boleh menjasi penawar sampingan untuk merawat penyakit kronik seperti kanser dan diabetes. Jika ia tidak boleh mendatangkan pulangan yang baik masakan negara-negara Nato itu memesannya dengan harga yang menarik. RISDA sangat berminat untuk memperdagang tanaman itu kerana tawaran harganya yang baik, boleh mendatangkan pendapatan menggalakkan kepada pekebun kecil. Ketum tidak memerlukan modal yang besar, tidak cerewet dalam penjagaannya dan pengurusannya. Mungkin sama dengan lalang boleh tumbuh di mana-mana tanpa baja dan tidak perlu disiram sangat.

Potensi komersial penanaman ketum termasuk eksport yang lumayan seharusnya direbut kerana khasiat herba itu diperakui pakar-pakar yang membuat penyelidikan khusus berhubung tanaman itu. Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata terdapat segelintir pemimpin masyarakat yang tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung potensi tanaman itu dan terus menghukum dengan memberikan pandangan yang negatif. Sebagai contoh, Kalimantan, Indonesia memperoleh pendapatan RM10 juta sebulan hasil eksport daun ketum ke negara Eropah. Sekiranya, kerajaan membenarkan penanaman daun ketum secara terkawal, RISDA yakin dapat membantu lebih 600,000 pekebun kecil di negara ini memperoleh pendapatan purata RM1,000 sebulan hasil tanaman 10 pokok ketum.

This entry was posted in Analisa, Ketum and tagged , , , . Bookmark the permalink.